Akhirnya Mahathir Mengakui Tidak Mampu Tumbangkan Najib Dan BN...Teruk Betul Perangai Madey Ni

Beberapa hari ini, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad begitu bersungguh-sungguh mendesak kerajaan membebaskan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sehinggakan, dia sanggup untuk mempelawa seorang peguam hak asasi manusia daripada Amerika Syarikat, Kimberly Montley datang ke Malaysia bagi membincangkan langkah yang perlu diambil bagi membebaskan Anwar.

Agak menghairankan tindakan Mahathir kali ini kerana umum sedia maklum, Mahathir dan Anwar bukanlah sebaik mana jika bersandarkan kepada perseteruan selama 18 tahun antara Anwar dan Mahathir. Malah, dalam beberapa tindakan Mahathir sebelum ini, dia jelas membelakangi hak Anwar selaku Ketua Umum sehingga memaksa Anwar mengeluarkan surat dari penjara untuk mengingatkan ahli PKR, siapa Mahathir sebenarnya.

Kali ini, Mahathir menggunakan pelbagai cara hanya untuk membebaskan Anwar sehinggakan DoJ yang hanya mementingkan keuntungan dan sama tarafnya seperti Bar Councel di Malaysia, sanggup mengeluarkan kenyataan bagi mendesak kerajaan membebaskan Anwar. Malah, Mahathir turut mendakwa, Anwar adalah mangsa tahanan politik, satu kenyataan yang lari daripada pegangan prinsip asal Mahathir.

Persoalannya, kenapa baru hari ini beriya-ia Mahathir mahu mendesak Anwar dibebaskan dari penjara? Bukankah Mahathir telah bersama-sama pembangkang sejak 2014 dan menyertai sepenuhnya pembangkang sejak 2015? Umum sedia maklum bahawa antara perjuangan pembangkang adalah menuntut pembebasan Anwar.

Namun, diawal penyertaan Mahathir, dia langsung tidak berminat untuk bersama-sama pemimpin pembangkang mendesak Anwar untuk di bebaskan. Cuma baru sekarang dia begitu beriya-ia melakukan desakan berkenaan.

Sebenarnya, mudah untuk disimpulkan bahawa, Mahathir terpaksa mengakui bahawa hanya pengaruh Anwar sahajalah yang mampu melonjakkan Pakatan Harapan dalam usaha memenangi Pilihan Raya Umum ke 14. Dia sedar, terlalu ramai musuh politiknya yang tidak mahu melihat dia kembali ke pucuk pimpinan negara dan dia juga amat menyedari, kesukaran untuk menyatu padukan PPBM, PKR, DAP dan PAN.

Justeru, pada mata Mahathir hanya Anwar sahajalah yang mampu menyatukan semua parti pembangkang dan sekaligus memacu kemenangan Pakatan Harapan. Mustahil juga Mahathir tidak menyedari bahawa Anwar tidak akan layak untuk bertanding pada pilihan raya umum kali ini. Justeru, apa yang Mahathir harapkan adalah bantuan Anwar untuk membantu dia mengepalai Pakatan Harapan.

Secara tidak langsung, ia juga menunjukkan bahawa Mahathir sendiri sedar yang dia tidak mampu menumbangkan Datuk Seri Mohd Najib dan Barisan Nasional menerusi gerakan politik kunonya. Hanya Anwar pada mata Mahathir mampu melakukan tugas sukar berkenaan. Jadinya, Mahathir merasakan, pembebasan Anwar akan membuka jalan untuknya dan sekali lagi, Mahathir cuba untuk mempergunakan Anwar untuk kepentingan peribadinya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana