Aikkk...Melayu Mudah Lupa!!!!! Jika rakyat terdesak, saya boleh jadi PM, kata Dr Mahathir

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau bersedia menjadi calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) sekiranya rakyat terdesak.

Beliau berkata, cadangan pemimpin-pemimpin PH mahu beliau menjadi calon perdana menteri dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalannya jika PH memenangi pilihan raya umum ke 14, belum dimuktamadkan lagi.

"Pakatan Harapan belum buat keputusan, mereka belum capai kata sepakat lagi," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan empat parti itu.

Bagaimanapun Dr Mahathir berkata beliau secara peribadi bersedia menyahut cadangan itu.

"Kalau rakyat terdesak dan tidak dapat mencari calon lain, mungkin lelaki berusia 93 tahun ini boleh menjadi calon," kata beliau yang pernah menerajui negara dan Umno selama 22 tahun sebelum bersara pada 2003.

Persaraan itu bagaimanapun tidak muktamad. Dr Mahathir kini memimpin  PH dan bekerjasama dengan bekas-bekas musuh politiknya di dalam DAP dan PKR dan Amanah.

Beliau berbuat demikian setelah keluar daripada Umno kerana tidak mendapat sokongan parti itu untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Awal bulan ini PH difahamkan sepakat melantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri dan Datuk Seri Dr Wan Azizan Wan Ismail sebagai timbalannya sekiranya menang PRU14.

Kesepakatan itu dicapai selepas cadangan menamakan dua pemimpin berpengaruh itu dikemukakan pada permukiman PH yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Beberapa pemimpin pakatan itu juga telah mengesahkan cadangan berkenaan dibuat pada permukiman berkenaan, dan hanya menunggu restu daripada Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana