24 JAM BERPOLITIK KELILING NEGARA, KAWASAN SENDIRI TERBIAR TAK DIPEDULI…

Penulis tidaklah terlalu rapat dengan ahli politik BN yang diamanahkan jawatan di dalam kerajaan mahupun hanya wakil rakyat biasa. Namun adalah beberapa orang yang penulis kenali dan merasai pengalaman berkawan dengan mereka sehingga kini.

Sepanjang bertahun-tahun mengenali dan bersama mereka, penulis agak hairan dengan rutin harian masing-masing. Bagai tiada esok bagi mereka. Bermula dari seawal subuh hinggalah ke larut malam, mereka bertemu rakyat memberi khidmat.

Ada saja program yang perlu mereka hadir. Jika tidak hadir, nanti ada pula yang kecil hati. Rasa bersalah mudah sangat muncul di hati mereka bila tidak dapat hadir atau menunaikan sesuatu yang dihajati rakyat.

Malah ada yang sanggup pinjam RM50 dari penulis untuk diberikan kepada rakyat akibat kehabisan tunai dalam poket! Ketawa penulis dibuatnya. Gas memasak habis pun minta tolong wakil rakyat bantu selesaikan masalah mereka? Memang ‘haru biru’…

Namun itulah asam garamnya menjadi seorang ahli politik BN, khususnya UMNO. Meskipun wakil rakyat PKR yang menang di kawasan tersebut, tapi ahli politik UMNO jugalah yang dicari rakyat yang mengharapkan pertolongan. Begitulah resam budayanya.

Setiap hari, lebih dari empat program yang perlu dipenuhi kehadiran. Mereka turun padang bukan hanya menjelang pilihan raya, sejak dari awal mereka menceburkan diri dalam bidang politik lagi, mereka sudah berkhidmat untuk rakyat sekitar.

Jadi, tidak hairanlah jika mereka begitu mengenali masyarakat sekeliling. Mereka kenal Mat Akob, Jamilah Abu, Makcik Senah, Abang Li dan sebagainya. Mereka tahu siapa anak isteri Jusoh Lebai Kasim dan mereka kenal Hamid itu anak imam Bakri. Itu kebiasaan mereka.

Namun begitu, penulis agak hairan dengan wakil-wakil rakyat pembangkang terutama yang ‘kuat bercakap’. Mereka juga ada program, tapi program ‘bercakap’. Pantang jumpa mikrofon, maka bercakaplah mereka sampai terpercik air liur. Politik mereka 24 jam sehari, 365 hari setahun!

Padahal, mereka juga wakil rakyat. Mereka juga punya tanggungjawab dan amanah yang perlu ditunaikan. Mereka juga perlu selesaikan 1,001 masalah penduduk di kawasan yang mereka wakili. Mereka juga perlu jaga kebajikan rakyat di Parlimen atau Dun yang diwakili.

Tapi rutin mereka agak ‘menyimpang’. Paginya di Kuala Lumpur, tengahari di Negeri Sembilan. Petangnya di Melaka dan malamnya di Johor. Mereka bermalam di Johor dan kembali ke ibu negara pada keesokan paginya. Kalau mereka cuti pun, mereka nampaknya lebih suka meluangkan masa dengan ‘ikan lumba-lumba’ berbanding rakyat yang beri undi pada mereka?

Padahal dia wakil rakyat di salah satu Dun di Pulau Pinang manakala rakannya pula wakil rakyat di Kedah. Semua lokasi yang mereka pergi itu melibatkan program politik. Ceramah di sana, berdialog santai di sini. Merapu, merepek dan meroyan yang bukan-bukan di depan rakyat yang tidak mereka wakili.

Bila bising di media sosial mengenai ‘kehilangan’ mereka, barulah mereka kembali ke ‘rumah persinggahan’ masing-masing di kawasan yang mereka wakili. Itupun hanya betah untuk sehari dua sahaja. Sekadar ‘tunjuk muka’ di kenduri kahwin, selepas itu mereka ‘lesap’ semula, ‘hilang’ entah ke mana…

Penulis agak hairan dengan rutin hidup wakil-wakil rakyat pembangkang itu. Tidakkah mereka rasa ‘tebal muka’ berdepan dengan rakyat? Mereka fikir dengan hadir kenduri kahwin sahaja, maka ia telah melunas segala tanggunjawab di kawasan?

Mereka fikir mudah untuk tunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat? Mungkinkah kerana itu maka ramai di kalangan mereka yang ‘berpindah kawasan’ bertanding pada setiap kali pilihan raya diadakan? Tidak malukah ‘maka elaun buta’ begitu?

Mereka dakwa rakyat di sana miskin terbiar. Padahal di kawasan mereka sendiri wakili terdapat sepuluh keluarga miskin yang tidak dipedulikan. Mereka dakwa konon diri mereka bertanggungjawab mahu selamatkan negara. Bagaimana dengan rakyat di kawasan sendiri?

Penulis tidak menulis ‘kosong’. Jika berkelapangan, silalah ke kawasan yang diwakili wakil rakyat pembangkang khususnya dari kalangan parti Pakatan Harapan. Adunnya berlagak bagai Ahli Parlimen, Ahli Parlimennya berlagak bagai Menteri! #MohonTerasaYerrr…

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana