Your future is in good hand...tidak perlu pandang kiri, tidak perlu pandang kanan...- PM

Bodoh sangat mana-mana kerajaan yang sengaja nak cari penyakit ambil laluan yang tidak popular di kaca mata rakyat apa lagi dalam keadaan menjelang pilihanraya seperti di Malaysia.

Sebaliknya bukan susah ikut gerak langkah populis pembangkang yang boleh main janji bulan dan bintang tanpa pedulikan ia boleh dilaksana atau tidak.Itu free ini free dan segala macam lagi free.

Lihat bagaimana kerajaan DAP Pulau Pinang demam tak kebah baru ini bila negeri itu dilanda banjir teruk baru ini.Ingat balik kerajaan negeri itu bukan saja pernah mendabik dada boleh bereskan gejala banjir di negeri itu malah mengutuk negeri lain yang dilanda banjir.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak nampaknya tetap tidak berganjak dari pendiriannya sedia hadapi risiko tidak popular demi memastikan beliau ambil langkah yang betul.

Contoh jelas ialah soal GST yang perlu untuk kestabilan kewangan negara dalam keadaan pendapatan negara berkurangan kerana harga minyak dunia turun.

Berucap merasmikan Expo Negaraku 2017 di Dataran Merdeka,Kuala Lumpur Rabu malam yang bertujuan untuk menukar minda rakyat agar optimis kerajaan sedia ada mampu membawa masa depan lebih baik beliau tetap kata," kalau tidak boleh buat ...kita tidak akan janji pada rakyat."

Perdana Menteri juga kata ," kalau MRT boleh buat..tak kan lain tak boleh buat".

Beliau berkata banyak negara yang impikan untuk ada sistem MRT tetapi ada yang tidak dapat laksana.

Sebaliknya MRT negara ini siap lebih awal dan dapat jimatkan RM2 billion.

"Sebagai kerajaan kita ada rancangan ...kita telah berjaya sampaikan dan akan terus sampaikan dan berazam untuk terus sediakan lebih banyak kemudahan untuk rakyat dimasa akan datang,"katanya.

Najib berkata janji untuk masa depan yang lebih baik itu bukan 'omong kosong' atau angan-angan Mat Jenin, tetapi berpijak di bumi nyata kerana ia telah dibuktikan dengan pelbagai kemudahan dan projek infra rakyat yang telah disediakan kerajaan.

"Your future is in good hand. Tidak perlu pandang kiri, tidak perlu pandang kanan, tidak perlu termakan janji apatah lagi hasutan kebencian yang ditabur pihak lain.

"Berpeganglah, berpautlah kepada kerajaan sedia ada hari ini, kita akan membawa negara ini ke arah masa depan yang lebih baik, kita akan terus harumkan nama Malaysia di persada antarabangsa," katanya.

Katanya Malaysia sebenarnya sudah mendapat penghormatan di peringkat antarabangsa dan dihormati pemimpin-pemimpin dunia termasuk Presiden China Xi Jinping dan Presiden Amerika Syarikat Donald J. Trump.

Perdana Menteri berkata penghormatan oleh pemimpin dunia itu membuktikan Malaysia bukanlah sebuah negara yang boleh diperlekehkan dan berada di landasan tepat untuk menuju ke masa depan yang membawa seribu rahmat untuk seluruh rakyat.

Pemimpin dunia hormati kita, Presiden China, Presiden US hormati kita, pemimpin negara lain juga hormati kita..., katanya sambil menambah kata bahawa hanya segelintir pemimpin di negara ini sahaja memperlekehkannya.

Mengenai pameran tersebut, Najib berkata ia merupakan kaedah terbaik bukan sahaja memberi maklumat lengkap mengenai pembangunan negara tetapi menyediakan platform untuk rakyat menikmati pengalaman menggunakan infrastruktur yang akan dibangunkan kerajaan.

Katanya kerajaan mempunyai perancangan teratur dan tersusun untuk menyediakan projek infra rakyat dan pameran itu akan membawa mesej jelas kepada rakyat bahawa kerajaan akan melaksana dan menyediakan lebih banyak kemudahan dan kemajuan pada masa akan datang.

"Sebab itu saya beritahu (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan bahawa saya hendak ekspo ini lain daripada ekspo yg pernah diadakan sebelum ini. Saya mahu ekspo menggunakan kaedah teknologi terkini, canggih yang mampu kita sediakan.

Justeru ekspo ini bersifat sangat interaktif seperti kaedah 'touch screen' yang memberi pengalaman yang dapat dirasai sendiri oleh kita setelah kita saksikan ekspo ini secara dekat ", katanya.

Turut hadir pada majlis itu adalah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan menteri-menteri kabinet.

Expo Negaraku 2017 adalah platform mempamerkan infrastruktur semasa dan pembangunan yang telah dirancang kerajaan dan memberi gambaran akan kehidupan yang lebih sempurna dan sejahtera buat seluruh rakyat Malaysia di masa akan datang.

Ia dilihat sebagai pemangkin kepada peningkatan taraf hidup rakyat dan sifat cintakan negara serta mampu menyuntik perasaan kebersamaan antara pelbagai lapisan masyarakat dalam menikmati pelbagai kemajuan dan pembangunan yang dicapai negara selama ini.

Ekspo yang diterajui Unit Perancang Ekonomi itu adalah dengan kerjasama agensi kerajaan dan swasta dan bakal memanfaatkan semua pihak, termasuk pakej istimewa bagi pelajar yang tinggal di luar bandar dan pakej penginapan dan diskaun sebagai galakan mereka melawat ekspo berkenaan.

Pameran itu dibuka selama sebulan sehingga 15 Dis, bermula 10 pagi hingga 10 malam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana