WAKIL RAKYAT SEKINCHAN ‘BUSUK HATI’, TUTUP AIB SENDIRI SALAHKAN MAKAN TENGAHARI PERCUMA

Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos membidas ADUN Sekinchan, Ng Sue Lim yang mendakwa peniaga-peniaga di Sungai Besar mahu mengadakan demostrasi membantah program ‘makan tengah hari secara percuma’ yang dianjurkannya hasil sumbangan NGO dan pihak-pihak yang menyokong usahanya itu.

Katanya, kenyataan tersebut datangnya dari Sue Lim sendiri dan bukannya dari para peniaga yang dimaksudkan lantaran ‘busuk hati’ kerana sebagai wakil rakyat telah gagal laksanakan tanggungjawab kepada penduduk setempat.

“Dari awal kami membuka restoran makan percuma ini, kami telah berjumpa dengan peniaga-peniaga terutamanya peniaga Melayu yang menyokong hasrat kami dan mereka tidak ada masalah, cuma ada dua tiga kedai namun kami telah menyelesaikan tentang rungutan mereka.

“Jadi apa yang diutarakan oleh YB Sekincan ini bersifat ‘busuk hati’. Saya yakin dan percaya setelah tiga penggal beliau mendapat mandat penduduk dan pengundi di DUN Sekinchan ini, penggal ini beliau mula gusar, rasa tergugat dan tahu kalau beliau bertanding lagi pada PRU-14 nanti, beliau akan kecundang,” ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar.

Jelasnya, kerana itulah Sue Lim mengatakan tindakannya mengadakan makan tengah hari percuma ini telah menutup periuk nasi peniaga-peniaga lain.

“Saya cabar YB Ng Sue Lim, tunjukkan mana peniaga-peniaga yang beliau katakan kononnya 30 peratus pendapatan peniaga-peniaga ini terjejas. Selama tiga penggal menjadi wakil rakyat di DUN Sekinchan ini, apa yang beliau buat? Tidak ada apa pun yang dibuatnya dan jika ada tolong buktikan.

“Sebut satu persatu apakah sumbangannya selama tiga penggal ini kepada masyarakat di Sekinchan ini selain kononnya mendirikan sebuah bangunan apartmen yang beliau megah-megahkan.

“Sudah beberapa kali saya tanya pada YB Ng Sue Lim, hasil dari kelulusan membina apartmen yang sepatutnya sembilan tingkat, dah naik berpuluh tingkat sekarang, berapakah komisyen yang beliau dapat dari pemaju, mendapat tanah dari kerajaan negeri dan menghalau penduduk setempat ke tempat lain,” bidas beliau.

Tegasnya lagi, kenyataan terbabit bukanlah untuk menuduh tetapi inginkan penjelasan berapakah komisyen yang diperolehinya lantaran ada pemaju terbabit yang berjumpa dengan beliau dan memaklumkan transaksi-transaksi yang telah diberikan kepada Sue Lim. MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana