Selepas Parti Bunga, Warisan Sabah Pula Bakal Berkubur

Keadaan semasa politik di pihak pembangkang memang cukup bercelaru. Manakan tidak, di dalam DAP, pemilihan CEC yang baru berlangsung 12 November lalu masih hangat diperkatakan dengan mediang Karpal Singh juga masih mendapat kepercayaan 43 orang perwakilan.

Di dalam PKR pula, mereka sedaya upaya melindungi Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir dari sebarang ancaman walaupun kerajaan Selangor yang diterajui oleh Datuk Seri Azmin kini berhadapan dengan kemurkaan Kebawah Duli Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah Al Haj.

PPBM pula tidak kurang bermasalah apabila Bahagian Batu Gajah menuruti Bahagian Kuala Kangsar dan Parit membubarkan bahagian mereka. Pembubaran ini turut menyaksikan, ribuan ahli PPBM di ketiga-tiga bahagian ini bertindak meninggalkan parti tanpa ada sebarang usaha digerakkan oleh kepimpinan tertinggi PPBM bagi menyelamatkan ketiga-tiga bahagian di Perak ini.

Terbaru, seramai 1020 orang ahli Parti Warisan Sabah bertindak keluar dari parti berkenaan setelah mereka hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti berkenaan. Lebih memburukkan keadaan, kesemua mereka ini adalah pengundi berdaftar di Parlimen Semporna yang diwakili oleh Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal.

Diberitakan, kesemua bekas ahli Parti Warisan Sabah ini menyertai semula UMNO setelah mereka merasakan ditipu oleh Shafie dan jenteranya. Tambahan pula, menurut mereka, bagaimana mereka mahu kekal di dalam Parti Warisan sedangkan ketuanya sendiri hari ini terpalit dengan pelbagai skandal penyalahgunaan kuasa dan rasuah sepanjang Presidennya itu menjadi menteri.

Tindakan mereka ini disifatkan sebagai petanda awal Parti Warisan Sabah ini mula tidak mendapat kepercayaan daripada masyarakat Semporna. Untuk rekod, tindakan mereka ini diketuai seramai 29 kelompok, dimana setiap ketua kelompok mempunyai seramai 50 orang ahli dan keluarga secara puratanya. Malah, kawasan ini merupakan antara kawasan yang mempunyai ramai pengundi.

Nampaknya, penyakit yang menjangkiti PPBM yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir turut memberi kesan kepada parti yang diketuai oleh pengikut tegarnya, Datuk Seri Shafie Apdal. Jika PPBM kehilangan beribu-ribu orang ahli, Parti Warisan Sabah juga kini sedang berhadapan dengan gelombang kehilangan keyakinan di kalangan pengundi dan penyokong mereka sendiri.

Bayangkan, Shafie Apdal yang begitu selesa di kerusi Parlimen Semporna sejak sekian lama, hari ini berhadapan dengan kehilangan keyakinan pengundi-pengundi yang selama ini begitu setia terhadapnya. Tidak mustahil Parti Warisan Sabah yang kononnya bercita-cita untuk menumbangkan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan UMNO, bakal terkubur sebelum tiba waktunya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana