PRU14: Pengerusi PPBM Perak dicabar lawan adik ipar...

Dakwaan konon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semakin mendapat sambutan rakyat tidak lebih sebuah drama kerana ahli yang keluar dan bahagian yang dibubar membuktikan sebaliknya.

Terbaru seperti berlaku di Perak menyaksikan PPBM bahagian Batu Gajah dibubar dan serentak dengan itu ramai ahli keluar meninggalkan parti.

Punca utama mereka keluar meninggalkan  parti ialah membantah pimpinan baru PPBM Perak yang mereka dakwa “lemah”dan wujudnya amalan kronisme.

Dalam satu sidang media yang diadakan di Ipoh pada Selasa, pihak terbabit melondeh hal-hal dalam kelambu sehingga menimbul pertanyaan sejauh mana demokratiknya parti pimpinan mantan Perdana Menteri itu.

Serentak dengan itu seorang bekas pemimpin PPBM Bahagian Batu Gajah tampil mencabar Pengerusi PPBM negeri Perak, Faizal Azumu bertanding menentang adik iparnya Datuk Nolee Asyilin Mohd Radzi di kerusi DUN Tualang Sekah pada PRU ke 14 nanti.

Fazli Mohamad yang juga bekas Naib Ketua Bahagian PPBM Batu Gajah berkata, cabaran ini bagi membuktikan  perjuangan PPBM itu adalah satu perjuangan yang ikhlas.

``Dengan ini saya cabar Faizal untuk bertanding di Tualang Sekah menentang adik ipar beliau sendiri kalau betul-betul dia nak membuktikan perjuangan PPBM itu adalah satu perjuangan yang ikhlas.,’’ katanya.

Fazli membuat cabaran ini selepas PPBM Bahagian Batu Gajah mengumumkan pembubarannya berkuatkuasa Selasa kerana kecewa terhadap kepimpinan PPBM negeri Perak.

Beliau kecewa kerana kepimpinan  PPBM negeri dilihat lebih mementingkan apa yang didakwanya kroni-kroni  daripada menjaga ketua-ketua bahagian dan peringkat bawahan (grassroot).

Untuk rekod PPBM Bahagian Batu Gajah dibubarkan secara rasmi berikutan tindakan 18 ahli jawatankuasa bahagian keluar meninggalkan parti dan diikuti ramai lagi.

Pengumuman itu dibuat  oleh Ketua Bahagian PPBM Batu Gajah, Mohd Shirin Adenan yang turut meletakkan jawatan kerana amat kecewa terhadap kepimpinan PPBM negeri.

Menurut beliau, banyak perkara yang berubah sejak bekas Naib Presiden PPBM Datuk Hamidah Osman disingkirkan dari menerajui PPBM Perak.

"Pelantikan Faizal Azumu sebagai Pengerusi PPBM Perak semata-mata kerana dia adalah merupakan `orang Mukhriz benar-benar membuka mata kami  bahawa PPBM sebenarnya tidaklah sebaik seperti yang kami harapkan.

``Ketiadaan pengalaman Pengerusi PPBM Perak untuk menerajui sebuah parti  yang baru selain hubungannya yang sangat terbatas membuatkan PPBM Perak tidak ubah seperti sekumpulan ayam kehilangan ibu,’’ katanya kepada pemberita di Pejabat Bersatu Perak di Batu Gajah pada Selasa.

Beliau mendakwa tindakan pembubaran ini diambil kerana  Faizal Azumu tidak ada kredibiliti sebagai Pengerusi PPBM Perak.

Katanya, sebagai pemimpin beliau (Faizal) sepatutnya menjaga 24 ketua bahagian Bersatu di Perak ini dan juga diperingkat  bawahan `grassroot’ tetapi apa yang berlaku dia lebih mengutamakan Armada dan Serikandi.

``Untuk jadi pemimpin ni orang bawahan kena jaga bukan main top-top level aje. . . grassroot kena jaga juga.

Menjawab soalan Mohd Shirin  mengakui kesan daripada pembubaran PPBM bahagian Batu Gajah ini akan memberi impak besar kepada kedudukan PPBM Perak dalam PRU ke14 nanti.

``Bagi saya Pengerusi PPBM Perak kena lipat ganda usaha untuk menawan Perak …dia kena jaga grassroot dan ketua-ketua bahagian jika tidak habislah,’’ katanya.

Mohd Shirin turut menyatakan pendiriannya untuk tidak terlibat dalam mana-mana parti politik selepas ini kerana ingin meneruskan perniagaan dan beliau tidak melarang mana-mana bekas ahli parti untuk menyertai sama ada UMNO atau parti pembangkang yang lain.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana