PPBM terbatal jika gagal anjur AGM - KP RoS...Orang Madey Masuk DAP Ler

KUALA TERENGGANU: Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak menolak kemungkinan untuk membatalkan penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), jika masih gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) dalam tempoh ditetapkan.

Ketua Pengarah RoS, Surayati Ibrahim, berkata parti itu berdepan kemungkinan dibubarkan pendaftarannya oleh RoS, ekoran parti itu tidak mengadakan AGM walaupun sudah melepasi tempoh sepatutnya pada September lalu.

Beliau berkata, kelemahan struktur organisasi PPBM yang menyebabkan parti itu gagal mengadakan AGM seperti dikatakan Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad, ia adalah tanggungjawab parti itu untuk diselesaikan.

"Memang ada kebarangkalian untuk dibubarkan sekiranya mereka tidak menunaikan tanggungjawab iaitu adakan AGM dalam tempoh ditetapkan dan kita akan lihat apa usaha serta tindakan mereka sebelum kita boleh bubarkan.

"Kalau dibaca perlembagaan PPBM, peringkat cawangan perlu mengadakan mesyuarat dalam tempoh 14 hari sebelum peringkat bahagian mengadakan mesyuarat perwakilan, manakala peringkat bahagian pula perlu mengadakan mesyuarat perwakilan dalam tempoh 60 hari sebelum AGM.

"Justeru kalau mahu sertai PRU-14 dan elak dibubarkan, PPBM perlu ambil tanggungjawab selesaikan masalah dengan segera sebab yang melanggar perlembagaan mereka ialah anggota dan kepemimpinan parti itu, bukan RoS," katanya selepas merasmikan Kursus Pengukuhan Pertubuhan Berkualiti dan Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah RoS bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini.

Yang turut hadir Pengarah RoS negeri, Mohd Mufsi Lat dan Pengarah SPRM Terengganu, Mohd Zaki Hassan.

PPBM lambat ambil tindakan

Surayati juga mempersoalkan mengapa PPBM lambat mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah parti itu yang menyebabkannya gagal mengadakan AGM sehingga hari ini.

Malah beliau berkata, PPBM hanya mengemukakan rayuan untuk melanjutkan tempoh mengadakan AGM yang sudah melepasi tempoh setahun pada November lalu selepas parti itu berdepan pelbagai isu yang menyebabkan ahlinya rasa ditipu dan hilang kepercayaan.

"Memang RoS ada terima permohonan untuk buat penangguhan AGM, tetapi penangguhan itu juga tertakluk kepada perlembagaan PPBM sendiri iaitu setahun selepas penubuhan.

"Jadi RoS kena pastikan mereka adakan AGM dalam masa terdekat ini dan mereka kena bersedialah, jangan beri alasan supaya kita selesaikan masalah dalaman itu dan akhirnya boleh buat AGM dan sertai PRU-14," katanya.

Beliau berkata, Setiausaha Agung PPBM, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh yang sudah dipanggil memberi keterangan kepada RoS kelmarin ada memohon untuk berjumpanya pada 30 November nanti untuk berbincang secara terperinci dan melanjutkan lagi tempoh penangguhan AGM.

Mengenai desakan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Pahang supaya ROS membatalkan pendaftaran PPBM selepas mendakwa ditipu kepimpinan parti itu, Surayati berkata, tindakan itu tidak boleh diambil selagi siasatan mengenai isu pelanggaran Akta Pertubuhan 1966 berhubung penggunaan istilah Armada belum selesai.

Beliau turut tidak menolak akan memanggil beberapa pihak lagi dalam PPBM untuk siasatan kes penggunaan istilah Armada yang tiada dalam perlembagaan PPBM sekiranya perlu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana