PPBM JOHOR BAKAL TERKUBUR?

Desas desus tentang pergolakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) khususnya di Johor sudah tidak boleh disembunyikan lagi. Kegagalan kepimpinan parti menonjolkan PPBM sebagai sebuah parti yang
memperjuangkan hak dan demokrasi nyata telah mengecewakan ramai marhaen dan pendukung awal parti ini.

Terbaru 10 bahagian PPBM di Johor telah mengemukakan laporan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung kegagalan kepimpinan tertingginya mematuhi perlembagaan parti. Ia berkait rapat tentang kegagalan semua peringkat cawangan dan bahagian PPBM mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) selepas setahun ia ditubuhkan.

Jika dilihat PPBM ini telah diluluskan pendaftarannya pada 2 September 2016 oleh ROS. Dan mengikut Akta Pertubuhan 1967 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984, satu Mesyuarat Agung peringkat cawangan dan bahagian wajib diadakan selepas setahun PPBM ditubuhkan secara rasmi.

Mengapa PPBM takut mengadakan AGM di dalam parti sendiri? Kegagalan PPBM mengadakan AGM adalah satu tindakan terdesak kepimpinan tertinggi PPBM mengekalkan kuasa dan kroni mereka di dalam parti.

Ia juga langkah terbaik PPBM menyekat suara akar umbi yang dahagakan saluran rasmi bagi menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap kepincangan dan pergolakan dalaman parti yang kini sudah menjadi barah di dalam parti.

Senario ini bukanlah sesuatu yang pelik. Sejak parti ini ditubuhkan ia hanyalah sebagai platform kepada sebilangan pemimpin yang hanya menjadikan parti ini sebagai batu loncatan bagi meneruskan survival mereka dalam karier politik.

Jika PPBM tidak wujud. Mana mungkin Tun Mahathir, Muhyiddin Yassin dan Mukhriz masuk PKR? Masuk parti yang dilahirkan hasil tangan kotor Tun Mahathir? Tidak mungkin.

Masuk DAP? Parti komunis dan cauvinis, mana Tun M hendak letak muka? Masuk PAN? Cara hidup mereka pun tidak mencerminkan Islam, macam mana PAN nak terima? Maka cara yang terbaik ialah mempergunakan orang Melayu dengan menubuhkan PPBM dengan niat dan tujuan semata-mata mahu meneruskan nafsu politik semata-mata.

Tetapi Tun Mahathir dan beberapa pemimpin parti silap. Mereka fikir PPBM sentiasa boleh terus hidup sekadar mendambakan retorik semata-mata, sedangkan hakikatnya ramai ahli akar umbi kini mulai sedar dan sudah ramai meninggalkan parti.

Sudah tentu situasi PPBM ini bakal memberikan kesan kepada Pakatan Harapan. Bagaimana Pakatan Harapan boleh diterajui oleh pemimpin PPBM, walhal parti mereka sendiri sedang retak menanti belah?
Kegagalan dan perpecahan PPBM Johor benar-benar memberi tamparan yang hebat kepada Pakatan Harapan di Johor.

Tan Sri Muhyiddin kini ibarat hidup segan mati tak mahu. Terpaksa ke hulu ke hilir di Johor dan hanya mengharapkan simpati ahli parti lain bagi menyambutnya.

Kenapa ahli PPBM tidak menyambutnya? Sebab mereka sedang menghambatnya dan menghalaunya ke luar..

* Penulis adalah dari Persatuan Pemikir Muda Johor

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana