PH DISINDIR PAS TOLAK BAJET 2018 TAPI MOHON DANA LAGI

SAMA ada memang jenis hipokrit atau muka tidak tahu malu, rakyat Malaysia kelmarin dikejutkan dengan telatah pembangkang dalam kalangan Pakatan Harapan (PH) menolak usul Bajet 2018.

Namun sebuah lagi parti pembangkang mengambil keputusan untuk tidak mengundi sekali gus mencetuskan bahan perbualan ramai penganalisis politik tanah air mengenai tindakan ahli Parlimen daripada PH sebagai lawak jenaka.

Apa tidaknya ketika mereka gembira ada peruntukan besar untuk negeri dikuasai PH, wakil rakyat terbabit pula bertindak enggan menyokong usul berkenaan tetapi pada masa sama memohon dana daripada Bajet 2018 pula!

Dalam hal ini, PAS dilaporkan tidak menafikan adanya pelbagai kebaikan dalam Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan peruntukan itu akan turut digunakan oleh wakil pembangkang.

Berdasarkan situasi semasa tersebut, PAS menyifatkan keputusan anggota Parlimen dari blok PH sengaja mengundi untuk menolak usul Bajet 2018 dan dianggap ‘ibu segala bajet’ itu sebenarnya merupakan tindakan tidak cerdik.

“Tapi nampak sedikit tak cerdik bila kita undi tolak bajet sedangkan pelbagai peruntukan yang diumumkan dalam bajet kita ambil juga,” kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Azman Ibrahim yang dipetik portal Harakahdaily.

Menurut beliau, PAS mengambil pendirian untuk berkecuali semasa pengundian Bajet 2018 lewat Isnin lalu, dengan menegaskan bahawa kedudukan mereka sebagai pihak minoriti tidak akan mengubah apa-apa keadaan sekali pun.

Jelas beliau lagi, Bajet 2018 yang dibentangkan Najib selaku Menteri Kewangan pada bulan lalu pastinya mendapat sokongan penuh daripada ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sendiri sebagai suara majoriti dalam dewan.

“Kita tahu BN memiliki majoriti besar dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Semua ahli parlimen BN malah wajib akan undi sokong agar usul Bajet 2018 dapat diluluskan tanpa menghadapi masalah besar,” kata Azman.

Menerusi Bajet 2018 juga, PAS namun tidak menafikan adanya pelbagai kebaikan dalam peruntukan sepanjang tahun depan itu yang akan turut digunakan oleh wakil rakyat pembangkang sendiri secara tidak langsung.

“Tapi nampak sedikit tidak cerdik apabila kita (PAS) jika undi tolak bajet walhal pelbagai peruntukan diumumkan dalam bajet kita ambil juga. Nak tolak, tak dinafikan dalam bajet itu ada yang baik dan bermanfaat kepada rakyat.

“Bagaimanapun jika hendak sokong pula, ada juga dalam bajet tersebut yang kurang baik untuk rakyat dan negara,” kata Azman tanpa mengulas dengan lebih lanjut apakah perkara tidak dipersetujui oleh parti Islam berkenaan.

Untuk rekod seramai 11 daripada 14 ahli Parlimen PAS memilih tidak mengundi untuk Bajet 2018 pada Isnin lalu. Hanya Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar sahaja mengundi untuk membantah Bajet 2018.

Ia memang dijangka kerana beliau sendiri sejak kebelakangan ini dilihat cenderung kepada PH tetapi pada masa sama tidak mahu keluar daripada PAS untuk menyertai mana-mana komponen dalam blok tersebut.

Manakala Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli tidak dapat hadir ke sesi berkenaan kerana kebetulan ada urusan tertentu di luar.

Tindakan kumpulan ahli parlimen PAS itu yang memutuskan untuk berkecuali terhadap usul Bajet 2018 namun dikritik ahli-ahli parlimen pembangkang lain daripada PH dengan mendakwa ia perlu ditolak kerana diusulkan BN.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dr Idris Ahmad bagaimanapun mempertahankan tindakan itu dengan berkata ia bukan sesuatu yang ganjil, malah sikap itu pernah ditunjukkan ahli parlimen pembangkang yang lain.

Beliau memberi contoh ketika Dewan Rakyat megundi untuk menghapuskan kuasa kekebalan raja-raja Melayu ketika krisis perlembagaan 1993 antara perdana menteri ketika itu, Mahathir Mohamad dengan pihak istana.

Idris memuat naik senarai nama 23 wakil rakyat termasuk daripada PAS dan DAP yang berkecuali terhadap usul yang dibentangkan timbalan perdana menteri waktu, Ghafar Baba dan disokong pula oleh Anwar Ibrahim.

Untuk rekod, Bajet 2018 berjumlah RM280.25 bilion mendapat sokongan 107 ahli parlimen BN. Bilangan keseluruhan ahli parlimen pembangkang yang tetap menolak Bajet 2018 adalah seramai 59 orang sahaja.

“Renung fikir dengan fakta. Saya salin daripada handsard Parlimen. Simpan sikit nafsu yang hendak marah kepada PAS. PAS tenang dan rileks saja,” kata Idris yang juga Naib Presiden PAS. – Agensi

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana