ORANG SENI PERLU KERAJAAN YANG TELAH TERBUKTI KUKUH UNTUK TERUS BERKARYA

Penglibatan artis dalam pentas politik bukanlah asing dalam negara kita, bukan juga sesuatu yang baharu malah ramai yang kini sudah terbuka dengan pendirian masing-masing mengenai ideologi politik.

Haluan atau arah tuju pendirian politik bukan persoalannya, namun asas perjuangan mereka apabila menceburi pentas politik inilah yang penting, khususnya dalam menjaga kebajikan golongan artis, di samping memperkasakan agenda perjuangan agama, bangsa dan negara.

Bagi Haji Abu Bakar Ahmad, 65 atau lebih dikenali sebagai Haji Tawil, politik sangat penting, bukan kerana terpaksa masuk politik tetapi sekurang-kurangnya untuk kita mengetahui perkembangan semasa dalam negara.

“Bagi saya, artis perlu mengambil inisiatif untuk membantu semula parti UMNO yang selama ini telah banyak membantu orang-orang Melayu, melalui peranannya sebagai artis.

“Contohnya seperti saya, yang terlibat dalam sebuah filem yang mana kami mengambil satu semangat anak muda mencintai kepada angkatan tentera. Kita tanamkan semangat kepada anak-anak muda khususnya di kalangan artis dalam memperjuangkan nasib dan masa depan kita. Jangan sampai satu hari nanti kita kehilangan satu kenikmatan, keindahan sebagai rakyat Malaysia,” katanya yang berlakon dalam filem ‘Prebet Lapok’.

Bagi Datuk Azman Salleh, penglibatan artis dalam pentas politik ini merupakan hak masing-masing kerana negara kita ini terbuka dan mengamalkan sistem demokrasi.

“Ada juga di kalangan artis-artis yang tidak berpuas hati dalam perjuangan, itu hak individu kalau dia nak berpolitik tetapi perlulah kepada pembinaan masyarakat dan negara.

“Sebenarnya ramai yang sudah masuk politik, contohnya Allahyarham Datuk Jins Shamsuddin, dia orang politik, dia juga orang seni, pada saya tak timbul masalah tentang perkara itu. Selama ini apa yang saya perhatikan, tidak pernah ada pengkhianat atau petualang di kalangan artis ini terhadap perjuangan UMNO yang banyak berjasa kepada rakyat.”

Dalam hal yang sama, pengarah filem terkenal, Datuk Yusuf Haslam pula menyifatkan sebagai orang seni sememangnya tidak berpihak kepada mana-mana pun tetapi sebagai artis perlulah memberikan mesej yang kita nak hidup dalam negara yang aman damai, kukuhkan politik dalam negara kerana kalau politik dalam negara kita tak kuat, maka nak cari rezeki pun susah.

“Jadi, kita perlukan kerajaan yang kuat, yang dapat memberikan sumbangan kepada rakyat, itu yang mustahak.

“Sebagai orang Melayu, kita perlu melihat dari sudut yang lebih luas, bukan dalam kelompok yang kecil untuk kita kena buat apa sahaja, dalam perjuangan atau apa yang kita lakukan, kita jangan lupa peranan kita kita sebagai penggiat seni demi bangsa, agama dan negara,” ujarnya kepada UMNO-Online selepas majlis Santai bersama Kelab UMNO Artis Tanahair dan Seniman di PWTC baru-baru ini.

Dalam program yang sama, Ketua Penerangan UMNO, Tan Seri Annuar Musa dan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Sri Ab Rauf Yusoh turut mengajak golongan artis untuk menjadi pemerhati di Perhimpunan Agung UMNO yang bakal bermula pada 5 Disember ini.

Majlis makan malam yang julung kali ini diadakan berjaya menghimpun lebih kurang 300 orang artis terdiri dari pelbagai peringkat usia.

Tujuan majlis ini adalah bagi merapatkan hubungan silaturrahim antara rakan artis dan kepimpinan parti. – MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana