Mengata Najib...Presiden Trump 'bayar cash'

Agak susah sikit nak cari perkataan yang sesuai untuk gambarkan situasi yang sempoi ini.

Bayangkan Presiden Donald Trump sendiri yang tolong jawab usaha jentera pembangkang untuk conteng arang ke muka Datuk Seri Najib Tun Razak pasal hubungan mereka di media sosial.

Ibarat kata Presiden Amerika itu 'bayar cash' pada mereka yang  buat kerja bodoh sebar gambar kononnya beliau buat-buat tak nampak Perdana Menteri yang lalu belakangnya untuk ke tempat duduk pada majlis makan malam sidang APEC di Da Nang,Vietnam pada malam Jumaat lalu.

Ia untuk putar kononnya hubungan pemimpin Malaysia dan Amerika itu tidak akrab langsung.

Mungkin ada yang tengah cari lubang cacing untuk sorok muka bila tengok berita di televisyen yang siar Presiden Amerika itu memuji secara terbuka Najib dalam ucapan beliau pada Sidang Kemuncak Peringatan Ulang Tahun ke-40 ASEAN-Amerika di Manila Isnin.

Sidang berkenaan diadakan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke 31 yang berlangsung di ibunegara Filipina itu.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Najib kerana tugas cemerlang yang tuan laksanakan sebagai penyelaras. Saya amat menghargainya...saya sangat hargai, tuan menyelaraskan begitu baik dengan kami," kata Presiden Trump.

Menariknya ia berlaku dalam jarak waktu yang selang tidak lama antara penyebaran gambar itu di media sosial dan kenyataan Presiden Trump.

Selain Perdana Menteri, hadir sama di majlis itu semua para pemimpin negara ASEAN.

Najib terus Manila selepas hadir sidang APEC di Da Nang.Begitu juga Presiden Trump.

Lebih buat puak-puak itu senak perut bila Perdana Menteri menerusi laman facebooknya siar gambar bersama Presiden Amerika itu semasa di Manila Isnin.

Keterangan pada gambar itu berbunyi : " Greeted President Donald J. Trump today before our meeting in Manila. Good to see my friend again.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana