Lagi...cubaan DAP nak kelirukan rakyat

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said memberi amaran kepada Ahli Parlimen DAP Kulai, Teo Nie Ching untuk tidak mengelirukan rakyat.

Katanya dalam satu kenyataan Jumaat, perlakuan Nie Ching yang mendakwa tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengurangkan Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) kepada 205 orang adalah tidak tepat.

Ini kerana jumlah sebenar PPP sehingga 30 September 2017 adalah sebanyak 14,342 orang.

“?Jumlah tersebut adalah termasuk PPP daripada pelbagai kategori yang meliputi PPP (Wakil Jabatan Kerajaan), PPP (Wakil Pertubuhan) dan PPP (Wakil Universiti) di seluruh negara.

“Bagaimanapun, jumlah yang dipetik Ahli Parlimen Kulai hanya tertumpu kepada PPP Wakil Pertubuhan sahaja.

“Kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Kulai kononnya pengurangan PPP ini menyebabkan kegagalan kepada pendaftaran pengundi baru boleh mengelirukan rakyat dan disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab,” katanya.

Menurut Azalina lagi, pelbagai usaha telah dilakukan SPR untuk menarik lebih ramai warganegara yang layak untuk mendaftar sebagai pemilih.

Ini termasuklah menyediakan kemudahan karavan SPR, program outreach di tempat-tempat tumpuan orang ramai seperti pusat membeli belah, pusat rekreasi, kawasan penempatan penduduk, Institusi Pengajian Tinggi dan pusat-pusat latihan berkaitan.

“SPR juga sentiasa terbuka menerima jemputan untuk menyediakan kaunter pendaftaran pemilih bagi penganjuran berkaitan,” ujarnya.

Sebelum ini Nie Ching berkata kekurangan Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) merupakan salah satu punca kegagalan SPR mendaftarkan pengundi baru negara ini.

Jelasnya lagi kelembapan mendaftarkan pengundi baru itu katanya boleh diatasi sekiranya SPR melaksanakan pendaftaran secara automatik atau sekurang-kurangnya melantik lebih ramai wakil parti-parti politik bagi membantu proses pendaftaran pengundi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana