‘KEPALA BAPAK KAU’, MENCARUT, MAKI HAMUN… BUKAN ASING BUAT PEMIMPIN PEMBANGKANG

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail berkata, tindakan pembangkang memainkan isu ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak ketika perhimpunan MCA baru-baru ini memperlihatkan sikap bias dan ‘tidak sedar diri’ di kalangan kepimpinan pembangkang.

Menurut beliau, ucapan spontan Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyebut ‘kepala bapak kau’ itu tidaklah sehina gelaran-gelaran dan kata-kata yang pernah pemimpin pembangkang ungkapkan terhadap Perdana Menteri dan Presiden UMNO itu.

“Baru sebut ‘kepala bapak kau’ pembangkang sudah terkinja-kinja macam terkena renjatan elektrik. Mereka lupa agaknya, sebelum ini bagaimana mereka menghentam Datuk Seri Najib dengan pelbagai kata dan gelaran. Mereka beralasan kononnya seorang pemimpin tidak boleh berkata-kata tidak sopan seperti itu.

“Jika alasan sebagai pemimpin, Datuk Seri Najib tidak patut berkata begitu, tapi bagaimana pula pemimpin-pemimpin pembangkang memaki hamun, mencerca dan menggelar Datuk Seri Najib dengan pelbagai gelaran yang menghina dan memalukan. Mereka juga adalah pemimpin yang berhasrat untuk mentadbir negara.

“Apakah mereka lupa Dr Mahathir pernah memanggil nama Datuk Seri Najib sebagai najis, penyamun, perompak dan bermacam-macam lagi gelaran yang tidak sopan dan tidak enak di dengar. Apakah itu kata-kata yang mulia bagi seseorang yang dianggap sebagai negarawan negara?” soalnya tegas.

Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online ketika diminta mengulas berhubung isu ucapan Datuk Seri Najib yang dikritik oleh beberapa pemimpin pembangkang.

Tambah Zein yang juga Ketua UMNO Bahagian Subang, perkataan ‘kapala bapak kau’ ini bukanlah sebutan yang asing terutamanya di kalangan kepimpinan pembangkang.

“Kalau nak dikira sebutan ‘kepala bapak kau’ ini, Anwar Ibrahim juga pernah menyebut perkataan seperti ini dalam ucapannya. Malah lebih dari itu Anwar pernah sebut. Kenapa pembangkang tidak pernah tegur perkara ini?

“Apabila mereka carutkan orang lain, hina orang lain, gelar orang lain dengan gelaran yang buruk, itu tidak ada masalah. Itu bukan isu besar. Itu semua halal bagi mereka. Tapi apabila orang lain membalas dengan sebutan-sebutan agak kasar dan tidak sehina seperti kata-kata mereka pun, mereka meloncat dan berkata, oh itu tidak boleh, sebutan seperti itu tidak bermoral. Itu bukan contoh pemimpin dan sebagainya.

“Apa mereka fikir hanya mereka sahaja yang boleh cakap itu dan ini, sedangkan orang lain tidak boleh? Inilah minda dan cara politik sempit pemimpin pembangkang. Mereka boleh buat apa saja, tapi orang lain tidak boleh.

“Bahkan, kalau dilihat video ucapan Datuk Seri Najib itu, ianya lebih kepada kenyataan yang agak melucukan kerana kebodohan pemimpin tertentu yang membuat tuduhan terhadap negara serta melakukan perkara yang tidak masuk akal.

“Jadi saya nak nasihatkan pemimpin pembangkang, janganlah berhati tisu. Sebutan ‘kepala bapak kau’ ini tidaklah sehina sebutan dan gelaran yang mereka pernah sebut terhadap Datuk Seri Najib. Apa yang mereka sebutkan sebelum ini lebih teruk dan lebih hina daripada apa yang Datuk Seri Najib katakan dalam ucapan beliau itu,” ujarnya.-MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana