JADI CALON PRU14 SEMATA-MATA MAHU ISYTIHAR HARTA? – NAZRI

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz berkata Tun Dr Mahathir Mohamad tidak perlu menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) untuk mengisytiharkan hartanya.

“Tidak perlu bertanding pilihan raya umum. Isytihar sahaja. Pertama sekali bukan dia sahaja, kita nak tahu anak dia itu,” katanya selepas merasmikan Kejohanan Bola Keranjang Cina Sedunia ke-33 di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC), hari ini.

“Isytihar mana datang sumber kekayaan itu. Tiba-tiba sahaja Dr Mahathir pencen, anak-anak kaya dan difahamkan masing-masing mempunyai tidak kurang RM100 juta…saya dengarlah. Anak dia kena beritahulah,” katanya lagi.

Semalam Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menyatakan kesediaan untuk mengisytiharkan hartanya, namun akan hanya berbuat demikian sekiranya beliau bertanding pada PRU14.

“Ya. Saya boleh isytiharkan harta saya tetapi saya tak tahu sama ada saya akan jadi calon atau tidak,” kata Dr Mahathir dalam sidang akhbar di parlimen semalam.

Dr Mahathir juga kembali bertanya kepada media sama ada mahu beliau menjadi calon pada pilihan raya akan datang.

Dalam sidang media semalam juga, Dr Mahathir turut membidas akhbar pro-Umno memetik artikel dan gambar mengenai gaya hidup cucunya dari sebuah blog untuk menimbulkan kebencian rakyat terhadapnya.

Ia susulan tersebarnya gambar kehidupan mewah cucunya Meera Alyanna Mukhriz, yang bercuti di atas sebuah kapal layar mewah, dipercayai dihadiahkan oleh bapanya Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Mantan Perdana Menteri itu malah memberi peringatan bahawa beliau juga boleh ‘mengorek’ keburukan pihak berkenaan.

Mengulas lanjut, Nazri berkata, beliau sendiri tidak bermasalah dengan ‘amaran’ sedemikian kerana sentiasa buat pengisytiharan harta.

“Ingat kita takut. Koreklah. Kita sentiasa buat pengisytiharan (harta), apa nak takut?”katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana