Ini boleh bikin Azmin mengigau dalam tidor...

Kalau satu atau dua orang mungkin lebih mudah Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali buka silat kuntau untuk tepis dan tangkis.

Namun ini sudah lain cerita dan boleh bikin beliau tidak senang duduk dan mengigau dalam tidor.

Terbaru...nampaknya empat serentak bekas Menteri Besar Selangor sudah set dan mula turun padang dalam misi mereka untuk Barisan Nasional (BN) merampas semula Selangor.

Tan Sri Khalid Ibrahim yang disingkir menerusi 'Langkah Kajang' akan menyertai Tan Sri Muhammad Muhd Taib,Dr Khir Toyo dan Tan Sri Abu Hassan Omar.

Setiap mereka ada pengaruh dan kekuatan masing-masing sekalipun sudah dua penggal Selangor ditabir oleh pakatan pembangkang.

Sebelum ini Khalid yang juga Ahli Parlimen Bebas Bandar Tun Razak Kuala Lumpur enggan mengesah atau menafikan beliau akan menyertai misi itu.

Namun kebelakangan ini beliau kerap dilihat bersama pemimpin UMNO termasuk Rabu semalam bersama Datuk Seri Najib Razak dan menteri-menteri Kabinet ketika pelancaran Exco Negaraku 2017 di Dataran Merdeka.

Muhammad yang merupakan bekas Menteri Besar Selangor yang paling senior kata mereka telah sepakat untuk berganding bahu turun padang membantu calon-calon BN di negeri itu bagi merampas semula pemerintahan dari Pakatan Harapan.

Beliau bersama Abu Hassan, Dr Khir dan Khalid sudah bertemu dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar bagi menyatakan pendirian masing-masing baru-baru ini.

"Kita bersedia untuk menjelajah ke pelusok negeri Selangor membantu calon-calon BN pada Pilihan Raya Umum nanti bagi menjelaskan pada rakyat tentang apa yang dilakukan kerajaan Selangor sekarang", katanya kepada wartawan selepas berceramah di perkarangan pejabat ADUN Kuang Rabu malam.

Menurut Muhammad antara peranan Khalid adalah untuk berunding dengan pihak-pihak tertentu yang boleh mempengaruhi rakyat.

Ini kerana sepanjang beliau Khalid menjadi Menteri Besar ada yang masih setia pada beliau.

Muhammad menyeru agar orang-orang Melayu di Selangor kembali memberi sokongan pada BN demi kelangsungan perjuangan bangsa Melayu.

"Hanya UMNO dan BN sahaja yang dapat mengembalikan kegemilangan kemajuan negeri ini dan seterusnya membela nasib orang Melayu yang dalam kedaifan", ujarnya.

Muhammad mendakwa Azmin gagal membantu orang Melayu.

"Kita perlu kembali ke laluan lama kerana hanya BN yang menjaga semua orang dengan baik. Orang Cina gembira, orang India gembira dan orang Melayu paling gembira," katanya.

Beliau berkata Azmin dan pemimpin pembangkang lain tidak melakukan apa-apa yang luar biasa untuk rakyat Selangor kerana kebanyakan yang ada di negeri itu sekarang datangnya daripada kepimpinan BN sebelum 2008.

"2008 adalah tahun di mana ramai yang tidak berpuas hati dengan individu tertentu. Jadi, mereka cuba memberi pengajaran kepada orang itu dan mengundi pembangkang. Akhirnya, kita kehilangan Selangor. Ia tidak boleh berlaku lagi. Selangor perlu dikembalikan kepada BN," kata Muhammad.

Beliau menambah, setiap orang perlu memainkan peranan mereka kerana setiap undi begitu bermakna.

Turut hadir pada program itu Ketua Bahagian UMNO Selayang yang juga ADUN Kuang Datuk Abdul Shukor Idrus serta pemimpin sayap parti dan pemimpin parti komponen BN Selayang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana