Husam oh Husam... kalah lagi di mahkamah

Tuntut apa yang bukan miliknya menyebabkan Mahkamah Tinggi Kota Bharu menolak permohonan injunksi Datuk Husam Musa bagi menghalang PAS menggunakan tanah Wisma Tok Guru di Kota Bharu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Bache berkata keputusan itu setelah mahkamah mengambil kira hujahan kedua-dua pihak dan memberi pertimbangan wajar.

"Mahkamah membuat keputusan ini dengan mengambil kira fakta paling penting iaitu defendan (Mohd Yasin Yusoff) adalah pemilik tanah yang sah melalui Kanun Tanah Negara 1965.

"Malah, permohonan ini juga dianggap tidak kukuh kerana plaintif hanya menuntut pampasan terhadap Wisma Tok Guru, bukannya hak pemilikan bangunan terbabit.

"Dengan itu, permohonan injuksi ditolak dengan kos RM7,000 yang dibayar oleh plaintif," katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata mahkamah turut mengambil kira keterangan daripada pemilik baru tanah itu, Mohd Yasin Yusoff.

Kata Ahmad mahkamah mendapati pihak plaintif tidak mempunyai locus standi untuk membenarkan injunksi diterima kerana Husam bukan pemilik tanah terbabit.

Isu perebutan tanah itu bermula susulan tanah yang asalnya milik bekas ADUN Salor, Allahryarham Datuk Ahmad Rosli Ibrahim yang dinamakan isterinya sebagai pemilik telah dijual kepada Setiausaha Kerja PAS Kelantan, Mohd Yasin Yusoff dengan harga RM700,000.

Tanah itu menempatkan pejabat Ahmad Rosli sebagai ADUN Salor (pada ketika itu) dan kemudiannya diserahkan kepada Husam sebagai ADUN baru pada 2008.

Husam sebelum ini mendakwa beliau diberi keizinan oleh Ahmad Rosli untuk membina bangunan tambahan baru di tanah tersebut.

Husam kemudian menamakan bangunan berkenaan sebagai Wisma Tok Guru sebagai memperingati bekas menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

Bagaimanapun krisis dalaman menyaksikan ADUN Salor itu dipecat PAS pada Mei tahun lalu.

Dalam pada itu Ahmad juga membenarkan PAS mengadakan programnya di situ malam ini.

PAS merancang mengadakan majlis kesyukuran setelah berjaya membeli bangunan yang digunakan sebagai pusat khidmat wakil rakyat oleh Husam itu.

Sementara itu paguam yang mewakili defendan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata dengan keputusan itu defendan boleh membenarkan sesiapa saja menggunakan tanah yang dipertikaikan untuk sebarang aktiviti, kecuali bangunan yang ada di atasnya.

Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS berkata isu pemilikan bangunan masih belum diselesaikan.

"Mahkamah juga mengambil pertimbangan bahawa program malam ini sudah mendapat permit polis di bawah Akta Perhimpunan Aman selain plaintif memberi jaminan supaya tiada kekacauan atau provokasi akan ditimbulkan," jelasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana