GOLONGAN ARTIS DIAJAK BERSAMA-SAMA KEPIMPINAN UMNO MEMBINA NEGARA BANGSA

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengajak golongan artis untuk bersama-sama dengan kepimpinan parti dan kerajaan bagi membina negara bangsa.

Jelas beliau, terdapat banyak ruang kosong dalam jiwa rakyat yang tidak mampu disentuh oleh ahli politik tetapi ia mampu disentuh melalui dunia hiburan.

“Perjuangan dalam membina dan membangunkan sebuah negara bangsa bukan milik ekslusif ahli politik. Ahli politik mungkin orang yang berada di saf hadapan tetapi saf hadapan tidak memungkinkan kita mencapai kejayaan tanpa ada saf-saf lain yang tersusun dan bergerak dengan satu aspirasi bersama.

“Malah boleh dikatakan dalam sejarah kebangkitan sebagai suatu bangsa, kita tidak didokong oleh orang politik sahaja. Di awal penubuhan UMNO sebagai sebuah parti ia terdiri daripada berbagai persatuan di tanah air yang melalui mereka timbul kesedaran anak bangsa bahawa harus melakukan sesuatu untuk membawa keluar bangsa dan negara dari penjajahan ratusan tahun dan mesej itu serta roh dan semangat yang inginkan sebuah kemerdekaan itu datang dari segenap lapisan rakyat dan masyarakat.

“Ada yang ditanam melalui batang-batang pena dan penulisan, ada yang datang melalui lirik-lirik lagu sajak dan syair… dari dendangan irama yang berbagai-bagai.. yang akhirnya terjelma satu keinginandan kesedaran di kalangan anak bangsa bahawa kita ingin menjadi satu bangsa yang merdeka dalam sebuah negara yang bebas dan berdaulat,” ujar beliau dalam majlis makan malam Kelab UMNO Artis Tanahair dan Seniman di PWTC malam tadi.

Tambah Annuar, UMNO lahir bersama sebuah bangsa, UMNO lahir atas paksi agama, Alif Bat Ta iaitu berpaksi roh keagamaan membawa Ba sebagai satu bangsa dan membentuk Ta sebagai tanahair.

Justeru semua pihak termasuk golongan artis perlu bersama-sama UMNO bagi memberi kefahaman tentang perjuangan UMNO untuk semua.

“Suara, jari jemari, kaki dan tangan ahli politik juga ada keterbatasannya maka ada ruang-ruang dalam masyarakat yang tidak terjangkau oleh orang politik.

“Banyak kelompok dan sudut dalam hati manusia tidak tersentuh oleh lidah-lidah orang politik yang kemungkinan sudut-sudut itu boleh disentuh dengan cara lain… bukan dari pidato… mungkin dendangan muzik mampu melakukannya.

“Oleh itu pertemuan ini adalah permulaan satu era baru menggembeling tenaga membina bangsa dan negara,” terangnya lagi.

Dalam program yang sama, Setiausaha Kerja UMNO , Datuk Sri Ab Rauf Yusoh turut mengajak golongan artis untuk menjadi pemerhati di Perhimpunan Agung UMNO yang bakal bermula pada 5 Disember ini.

Majlis makan malam yang julung kali ini diadakan berjaya menghimpun lebih kurang 300 orang artis terdiri dari pelbagai peringkat usia.

Tujuan majlis ini adalah bagi merapatkan hubungan silaturrahim antara rakan artis dan kepimpinan parti. -MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana