GELORA DAP SUDAH BERAKHIRKAH?

Oleh : Zulkifli Jalil

Bukan kebetulan hari ini Selasa 14 November ta­rikh pengurusan dua kes rasuah membabitkan Lim Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon di Mahkamah Tinggi di Georgetown, Pulau Pinang.

Dan baru kelmarin Guan Eng diangkat untuk mengekalkan jawatan Setiausaha Agung DAP dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu.

Walaupun dihambat dengan dua kes rasuah, Guan Eng ma­sih beruntung ‘disayangi’ penyo­kong tegar DAP. Padahal DAP kata mereka turut berpegang kepada slogan kompetensi, kebertanggungjawaban dan ke­telusan (CAT) yang dicanangkan pentadbir­an kerajaan DAP Pulau Pinang. Namun nampaknya kelmarin mereka ‘bunuh’ CAT itu.

Selepas ini elok sahaja Guan Eng hentikan ‘khutbah’ CAT itu dan campakkannya sahaja selepas dirinya sendiri boleh ‘terlepas’ menyandang sekali jawatan nombor satu DAP itu.

Satu lagi yang Tumpang lalu cuak ialah apabila pemilihan CEC itu menyaksikan kemerosotan kehadiran perwakilan iaitu 1,356 atau 53.94 peratus berbanding 2,514 orang yang layak mengundi.

Bukan sahaja perwakilan mengundi merosot, bahkan calon yang bertanding juga menurun kepada 62 calon berbanding 68 calon sebelum ini.

Adakah ini semua kerana akar umbi DAP tidak puas hati dengan pentadbiran Guan Eng dan barisan kepimpinannya?

Hakikatnya yang menyerlah dalam DAP hanyalah anak-beranak penasihat parti itu, Lim Kit Siang.

Struktur kepemimpinan DAP tidak pernah melalui perubahan sebenar sejak kewujudannya pada 1966. Supremo parti itu masih Kit Siang dan anaknya, Guan Eng. Yang berubah hanya jawatan.

Adakah nepotisme masih berada di kedudukan tertinggi dalam DAP? Dan adakah selepas pemilihan parti itu kelmarin, kata sinis sebelum ini mengatakan parti sosialis itu sebagai sebuah syarikat sendirian berhad – “DAP Sdn. Bhd.” telah lenyap dalam kala­ngan penyokongnya?

Dan satu lagi yang Tumpang lalu agak kesal tetapi tidaklah hairan ialah apabila tiada seorang pun Melayu yang menang untuk me­ngisi slot pemilihan 20 ahli CEC.

Zairil Khir Johari? Eh! kalau tak silap Tumpang lalu Ahli Parlimen Bukit Bendera itu bukan berdarah Melayu.

Bukankah bapa Zairil bernama Howard Lim dan ibunya, Rose Christine Lim dengan nama sebenar Zairil adalah Christopher Ross Lim. Dia menukar nama kepada ‘Zairil Khir Johari’ pada usia 13 tahun selepas Rose Christine mengahwini Tan Sri Khir Johari.

Hanya selepas pe­ngundian, barulah pucuk pimpinan DAP melantik Tengku Zulpuri Shah Raja Puji seba­gai salah seorang da­ripada kalangan lima Naib Presiden.

Realitinya perwakilan DAP tidak teruja langsung mahu meletakkan orang Melayu di barisan hadapan kepimpinan parti itu walaupun berulang kali menyebut parti itu berbilang kaum.

Tidak sekadar di pe­ringkat Pusat, di ne­geri pun lebih ku­rang sama. Semasa pemilihan 15 Ahli Majlis Eksekutif DAP yang menganggotai Jawatankuasa Tertinggi DAP Negeri Selangor pada November 2015 pun tiada seorang pemenang kalangan Melayu.

Agaknya, Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad boleh tarik balik kata-kata silapnya baru-baru ini bahawa DAP sebenarnya bersifat berbilang kaum berdasarkan pemilihan CEC kelmarin.

Mahathir sepatutnya kekal de­ngan prinsipnya yang melabel DAP sebagai “parti cauvinis Cina” ketika menjadi presiden UMNO selama 22 tahun.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana