EMPAT BAHAGIAN PPBM DI PERAK LUMPUH, TERBAHARU BATU GAJAH

ADAKAH Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Perak akan lenyap dari dunia ini? Tidak mustahil perkara sedemikian akan berlaku jika dilihat kepada senario politik parti itu lewat ini.

Selepas satu per satu pengumuman keluar parti di negeri berkenaan sejak awal tahun lalu, kini giliran PPBM Bahagian Batu Gajah pula ‘tutup kedai’ dan tidak lagi berfungsi.

Ia ekoran pengumuman keluar parti Ketua Penaja Bahagian itu, Mohd. Shirin Adenan dan 18 ahli jawatankuasa diikuti lebih 1,000 ahlinya hari ini.

Menurut Mohd. Shirin, keputusan itu di ambil setelah pucuk pimpinan parti melantik Faizal Azumu sebagai Pengerusi PPBM Perak yang mengundang rasa tidak berpuas hati akar umbi.

“Pelantikan Faizal sebagai Pengerusi PPBM Perak semata-mata kerana dia orang Mukhriz membuka mata kami PPBM tidak sebaik yang kami harapkan.

“Ketiadaan pengalaman beliau untuk menerajui sebuah parti baharu selain hubungannya yang sangat terbatas membuatkan PPBM Perak seperti anak ayam kehilangan ibu,” katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Tindakan Mohd. Shirin ini menyebabkan pertambahan jumlah Ketua Penaja Bahagian PPBM keluar parti di negeri tersebut menjadi empat orang keseluruhannya.

Selain Mohd. Shirin, tiga lagi adalah dari Bahagian Gopeng, Parit dan Kuala Kangsar. –Tv14

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana