Bukan macam PH... Pegawai PM puji PAS

Pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor menghormati pendirian berkecuali yang diambil ahli Parlimen PAS ketika pengundian Bajet 2018 di Dewan Rakyat.

Sambil memuji pendirian PAS itu, Rizal berkata tindakan berkecuali itu ekoran mereka sedar bahawa peruntukan yang disenaraikan dalam Bajet 2018 banyak membawa kebaikan kepada rakyat.

“Mereka berkecuali kerana mereka mampu menilai terdapat banyak perkara yang membawa kebaikan untuk rakyat dalam Bajet itu dan kalau ia ditolak, maknanya mereka menolak manfaat untuk rakyat.

“Tolak belanjawan 2018, maknanya tolak bantuan BR1M untuk rakyat, tolak kenaikan gaji dan bonus khas kakitangan awam dan tolak bantuan pendidikan dan pembangunan untuk negara,” kata Rizal dalam satu kenyataan.

Rizal sebaliknya menyelar parti pembangkang khususnya dari Pakatan Harapan kerana menolak bajet yang memberi banyak manfaat kepada rakyat.

"Perbuatan pembangkang yang membangkang secara buta tuli inilah yang disebut ‘bangkang dari longkang’.

"Sedangkan ternyata bajet ini baik untuk rakyat Malaysia secara keseluruhan termasuklah untuk kaum Cina, India dan lain-lain," katanya lagi.

Terdahulu, Bajet 2018 diluluskan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada 13 November lalu dengan undian 107 daripada 222 anggota parlimen menyokong.

Sebanyak 59 anggota parlimen menentang Rang Undang-Undang Perbekalan 2018, sementara 11 daripada PAS berkecuali.

Dalam pada itu tambah Rizal, tugas sebagai pembangkang adalah untuk melakukan semak dan imbang, namun mereka tidak seharusnya menjadi pembangkang semata-mata.

"Apakah dengan menolak bajet ini bermakna DAP juga menolak menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan menolak bantuan untuk pekebun kecil serta dana kampung Cina di seluruh negara?

"Juga, bagaimana kerajaan nak bayar gaji dan elaun ahli parlimen pembangkang jika mereka menolak belanjawan ini?"soalnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana