ARMADA: BAGAIMANA ANAK MUDA DIBODOHKAN MAHATHIR…

PENULIS masih memikirkan kenapa Mahathir berterusan menggunakan nama ARMADA untuk menggambarkan sayap pemuda Bersatu bila nama itu tidak diluluskan lagi oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) sebab tridak wujud pun dalam perlembagaan parti tersebut!!  Adakah Mahathir cuba menipu rakyat dengan menggunakan nama yang tidak wujud pun pada asalnya?

Kalau betul tu, macam mana ni, belum jadi Perdana Menteri semula, dah nak tipu rakyat atau lebih spesifik lagi anak muda?  Dah tak pasal-pasal semua anak muda penyokong parti Mahathir yang bergerak atas paltform Armada ini kerana percaya ia sah, nampak macam orang bodoh jadinya ya.

Mungkin Mahathir terdesak mahu lari dari bayang-bayang UMNO, sebab itu dia menggunakan nama seperti itu.  Sekalipun dia berulang kali menafikannya tapi Bersatu memang sebuah parti serpihan kepada parti yang lebih superior, iaitu UMNO.  Mahathir keluar dari UMNO tapi UMNO tidak keluar dari Mahathir.

Tapi tetap tidak menafikan hakikat bahawa Mahathir sudah tipu rakyat, terutama anak muda dengan menggunakan nama yang tidak ada dalam perlembagaan parti sendiri!!  Hello, berapa kali mau tipu rakyat?  Nama bapak tipu, konon ada kawasan dah dijajah China, tipu, apa lagi mau tipu?

Begitupun, hasil dari pemerhatian penulis, ramai melihat Mahathir tidak serius pun apabila menubuhkan Bersatu.  Dia hanya mahu satu platform untuk bergerak dan dalam masa terdekat, berharap platform itu – bersama Pakatan, dapat menjatuhkan YAB Perdana Menteri tanpa melalui pilihanraya.  Tapi malangnya itu tidak berlaku.  YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kekal teguh dan kukuh.

Itu yang kita lihat macam-macam porak peranda ada dalam Bersatu sekarang sebab Mahathir tak serius nak ber’parti’, hanya mahu jatuhkan YAB Perdana Menteri (dipercayai) untuk kepentingan sendiri.  Dari jawatan Ketua Srikandi yang tidak disahkan, 2 dari 7 pengasas letak jawatan, banyak bahagian penaja tutup kedai, mesyuarat cawangan satu pun tak buat (atau satu cawangan pun tak ada?) dan sebagainya, semua ini membuktikan apa yang kita kata.

Cakap pasal Srikandi, nama itupun sebenarnya belum lulus lagi, dah terpaksa guna nama Wanita PPBM pulak.

Eh, bila tengok balik, dah serupa UMNO lah!!  Oooi Mahathir, takdak idea sendiri ka, semua mahu tiru UMNO jugak?  Jangan duit menguruskan Bersatu sekarang pun hasil duit/harta UMNO yang pernah didakwa tidak dipulangkannya, sudahlah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana