Apakah Perkataan Haram Halal Tidak Wujud Dalam Diri Dan Keluarga Mahathir?

Sudah terlalu banyak pendedahan yang dibuat oleh kaum keluarga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad tentang gaya hidup mereka. Malah, Mahathir sendiri dilihat langsung tidak mengambil peduli tentang apa sahaja yang dilakukan oleh anak cucunya kerana dia sendiri begitu sibuk mahu menjatuhkan sebuah kerajaan yang dipilih secara sah.

Memang agak menghairankan, bagaimana kehidupan satu keluarga yang sepatutnya di jadikan contoh buat pengikutnya, namun apa yang dipaparkan jauh daripada apa yang diharapkan. Sebagai contoh, lihat sahaja beberapa orang anak angkat Mahathir yang terjebak kedalam cara kehidupan berasaskan LGBT.

Ada yang memilih untuk menghalalkan lesbian, ada yang menghalalkan hubungan gay malah ada yang memperjuangkan sehabis daya gaya kehidupan LGBT. Apakah mereka tidak sedar bahawa cara kehidupan mereka ini langsung tidak mencerminkan adab ketimuran yang menitik beratkan cara kehidupan konvensional dan bukannya cara kehidupan yang boleh dianggap sebagai terlalu asing buat warga Malaysia?

Jika anak Mahathir dan beberapa orang anak angkat Mahathir hidup dalam kehidupan yang songsang, bagi cucu-cucunya pula kehidupan mereka seolah-olah mereka ini adalah waris kepada kekayaan luar biasa milik keluarga mereka. Boleh dikatakan, kesemua cucu-cucu Mahathir berada di luar negara dan tidak menetap di negara ini.

Di luar negara, mereka mempunyai bot persiaran mewah, memilik haiwan peliharaan seperti anjing baka terbaik yang mana setiap seekor berharga RM 10 hingga RM 20 ribu seekor, boleh bercuti secara mewah kemana sahaja mereka mahu pergi dan banyak lagi. Adakah ini menggambarkan satu keluarga yang beriya-ia mahu menyelamatkan Malaysia seperti yang dilaungkan oleh Mahathir itu sendiri?

Bagi Mahathir pula, sepanjang dia berkuasa dahulu, Lim Kit Siang adalah salah seorang individu yang dilabelkan Mahathir dengan macam-macam gelaran. Malah, Mahathir pernah membayangkan Lim Kit Siang sebagai manusia yang paling kotor pernah wujud di Malaysia dan seperti mengharamkan sahaja kelibat Kit Siang dalam kehidupannya.

Namun, apabila usianya menganjak pada 90 tahun, secara tiba-tiba Lim Kit Siang menjadi “halal” buat Mahathir. Apa sahaja tindakan Kit Siang akan di sokong penuh Mahathir tanpa ada sebarang dakwa dakwi lagi. Malah, Mahathir sendiri sanggup mengikut apa jua arahan Kit Siang demi memastikan PPBM dan Pakatan Harapan berjaya menumbangkan Datuk Seri Mohd Najib, UMNO dan Barisan Nasional.

Adakah Mahathir terlupa bahawa Allah S.W.T pernah berfirman, marhumnya, “taatlah kamu kepada pemimpin yang mentaati agamanya”? Jika perintah Allah S.W.T sendiri tidak dipatuhi oleh Mahathir, perintah siapa lagi yang boleh Mahathir patuhi? Adakah Lim Kit Siang atau perintah dari kata hatinya sendiri?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana