Ahli CEC tak berubah, DAP ditakuk lama....

Kepimpinan DAP masih ditakuk lama apabila 90 peratus Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebelum ini kekal menerajui parti itu dalam keputusan pemilihan semula yang diumumkan hari ini.

Pemimpin anak beranak iaitu Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng masih mengungguli pemilihan kali ini dengan berkedudukan tiga teratas.

Namun, ia menyaksikan kemasukan dua muka baharu dalam senarai  20 anggota yang dipilih oleh 1,346 perwakilan yang layak mengundi.

Dua muka baru yang dipilih ialah bekas EXCO Selangor, Ronnie Liu dan Ahli Parlimen Batu Gajah. V Sivakumar.

Manakala Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari kekal menjadi wakil Melayu tunggal dalam kepimpinan parti serpihan PAP itu.

Sementara itu, dua penyandang yang terkeluar ialah ADUN Skudai, Dr Boo Cheng Hau serta Karpal Singh yang meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya pada 2014.

Menerusi pemilihan itu, penasihat DAP, Kit Siang mendapat undi paling popular sebanyak 1,199.

Pada pemilihan kali ini, hanya 1,356 atau 53.94 peratus daripada 2,514 perwakilan hadir serta layak mengundi.

Sebanyak 1,356  kertas undi yang dikeluarkan pada pemilihan kali ini dengan 1,346 kertas undi yang dikembalikan semula.

Bagaimanapun hanya 1,310 undi dikira sebagai undi sah, manakala baki  36 adalah undi rosak.

Pada 17 Julai lalu, DAP menerima surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula CEC.

Pemilihan semula di Shah Alam itu diuruskan firma audit bebas, Grant Thornton seperti disyaratkan RoS.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana