Posts

Showing posts from November, 2017

ADUN DAP MELENTING DENGAN PANTUN ‘ANAK CINA’

Image
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Johor melenting dengan pantun ‘anak Cina’ yang dibacakan oleh ADUN BN Bukit Permai Ali Mazat Salleh. Ali Mazat ketika sesi perbahasan Bajet Johor 2018 membacakan serangkap pantun yang berbunyi; “Anak Cina memasang lukah, lukah dipasang di Sungai Senai, mulut busuk bila bermadah, tuduhan jahat buruk perangai.” Melenting dengan pantun itu, Yeo Tung Siong (DAP-Pekan Nenas) yang bingkas bangun mendesak Speaker Dewan Negeri Johor Tan Sri Mohamad Aziz mengarahkan Ali Mazat keluar dari dewan. “Teruk betul Bukit Permai, tolong halau keluar daripada Dewan, cakap macam perkauman,” kata Yeo. Selain Yeo, turut melahirkan ketidakpuasan hati Tan Hong Ping (DAP-Mengkibol) dan Gan Peck Cheng (DAP-Penggaram). Hong Ping dalam tegurannya berkata penggunaan ayat itu tidak sesekali mencerminkan konsep Bangsa Johor yang digagaskan kerajaan negeri. “Jangan pakai kaum Cina, kita semua Bangsa Johor,” katanya. Bagaimanapun Mohammad meminta agar semua wak

KIT SIANG MASIH PEMIMPIN SUPREMO PARTI HARAM

Image
Lim Kit Siang masih pemimpin supremo parti haram kerana pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP pada 12 November lalu belum diluluskan Pendaftar Pertubuhan (RoS), kata pengendali Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK). DAP menjadi sebuah parti haram sejak dari tahun 2012, apabila RoS tidak mengiktiraf pemilihan CEC pada pada Disember 2012. Pemilihan semula CEC 29 September 2013 juga tidak diiktiraf RoS kerana banyak berlaku penipuan dan manipulasi undi. “Jadi, jika DAP adalah haram, itu akan menjadikan Pakatan Harapan juga menyalahi undang-undang. Dan oleh kerana Lim Kit Siang bukan sahaja pemimpin DAP tetapi juga akan menentukan siapa dari Pakatan Harapan akan menjadi Perdana Menteri jika mereka memenangi pilihan raya umum terutama jika Kit Siang sendiri akan menjadi Perdana Menteri,”kata RPK dalam rencana bertajuk “Kit Siang Still DAP’s Illegal Leader” Tambahnya, bagaimanakah pemimpin haram dari parti haram boleh membentuk gabungan Pakatan Harapan untuk didaftar

PEMBANGKANG JAMIN RAKYAT AKAN KAYA RAYA JIKA MEREKA PERINTAH...TERRRRRR

Image
Pemimpin pembangkang memberi jaminan rakyat Malaysia akan kaya jika negara ini diperintah oleh Pakatan Harapan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail mendakwa, rakyat Malaysia tidak perlu lagi hidup mengemis dan merempat seperti sekarang. “Rakyat akan kaya dengan pentadbiran baru yang ambil berat kesusahan rakyat. “Rakyat tidak perlu lagi untuk mengemis dan merempat di negaranya sendiri,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini. Rodziah daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminta rakyat Malaysia menilai hidup rakyat Selangor dan Pulau Pinang ketika ini. Dakwa beliau, pelbagai insentif dinikmati oleh rakyat Selangor dan Pulau Pinang sejak negeri itu diperintah pakatan pembangkang. “Tetapi realitinya, rakyat sering ditakut-takutkan dengan sentimen perkauman,” dakwanya. -MYNEWSHUB.CC

RAWANG-BYPASS, SYUKUR MAHATHIR BUKAN LAGI PERDANA MENTERI

Image
KEBAIKAN yang dibawak dari projek Rawang Bypass ni dah banyak dicakapkan orang, tak perlulah penulis nak mengulang lagi rasanya.  Dimudahkan, hanya orang tak waras akal saja yang akan membantah projek yang telah siap ini kerana selain memudahkan pergerakan rakyat, ia juga mengekalkan alam sekitar  di kawasan sekeliling. Yang lebih penting, pembinaan jalan pintas paling mahal dalam negara ini, adalah yang pertama tak dikenakan tol ke atasnya.  Sepatutnya Pan Borneo tapi yang itu masih dalam pembinaan, dah siap besok, itulah projeknya yang akan menjadi nombor satu, sementara itu Rawang Bypass ini lah. Syukurlah kita Mahathir bukan lagi Perdana Menteri.  Kalau Mahathir Perdana Menteri ni, nescaya jalan ini akan dikenakan tol dan rakyat perlu membayarnya.  Perdana Menteri kita ialah YAB Datuk Sri Najib Tun Razak, yang gemar buat projek infra jalan hebat-hebat tanpa kenakan tol kepada rakyat. Bila tol takde, maksudnya tak wujud perjanjian konsesi dan tak wujud kroni – 2 perkara n

Rafizi sembang pokok pun tumbang, ajak debat dia hilang

Image
Pengasas Invoke, Rafizi Ramli jelas tidak matang dan seolah-olah takut apabila dengan sengaja membatalkan program debat dengan kumpulan Internship Mahasiswa Turun Parlimen (MANTAP) pada 24 November lalu. Pembatalan debat itu menyerlahkan sikap sebenar Ahli Parlimen PKR Pandan itu yang hipokrit dengan sengaja mencari publisiti murahan dan mensensasikan sesuatu perkara di media sosial untuk menarik perhatian netizen dan pengikutnya. “Kalau sembang, pokok pun boleh tumbang. Hanya suka buat gempar sudah sinonim dengannya. Inilah sikap Rafizi yang sebenar. Rafizi hipokrit. “Cabaran sudah disahut tetapi tidak berjaya bertarung di gelanggang,” kata Setiausaha MANTAP Mohamad Arif Misman. Menurutnya, pembatalan debat itu telah menyebabkan wakil pendebat MANTAP, barisan ahli MANTAP VII, alumni MANTAP, wakil-wakil NGO serta pengunjung merasa sangat kecewa kerana semua telah hadir ke lokasi program di pejabat Invoke di Sungai Besi seawal jam 8:00 malam. Apa yang dikesalkan, menurut Ar

MP DAP Sarawak batu api, pekak, tak faham bahasa

Image
Tindakan Ahli Parlimen DAP Kuching, Chong Chieng Jien yang bersifat batu api supaya ahli parlimen Sarawak tidak menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Industri Pelancongan demi semangat kenegerian ditentang hebat Menteri Pelacongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz. Menurut Nazri, ia adalah bersifat hasutan kerana semua pihak seharusnya memahami cara undang-undang digubal, dan ia kemudiannya akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk meneliti perkara itu supaya tidak berlaku sebarang percanggahan kuasa negeri dan pusat. Ia berikutan tentang sama ada kerajaan pusat ada mengadakan konsultasi dengan Sarawak tentang perkara yang ingin dibuat melibatkan industri pelancongan. “Dia ni memang batu api pada saya, fail lah. Tahu lah frust tinggal beberapa kerusi sahaja, kalau saya pun frust menonggeng sebab itu nak pecah belahkan BN. “Mestilah ada konsultasi yang kerajaan buat dengan Sarawak, itu memanglah kerja kita, tak perlu risau,” katanya ketika menggulung perbahasan

Pergghhhh...Hanya Meninjau Dari Atas Saja..Bantuan Kerajaan Pusat Jugak

Image
Pergh!!! Kagum dan terpesona sungguh dengan gelagat pemimpin-pemimpin PH terdiri dari Timbalan Presiden PKR, Timbalan Presiden PAN dan Naib Presiden PAN meninjau keadaan banjir di Kelantan dengan menaiki helikopter. Dulu juak-juak PH kutuk caci cerca pemimpin parti lawan melakukan perkara sebegini. Kini sendiri punya pemimpin pujaan lakukan kaedah yang sama. Mengata dulang paku serpih.

Paku DUlang Paku Serpih....Bila Berkuasa Barulah Tahu...Dulu Kutuk UMNO dan Makan Rasuah

Image
KUALA LUMPUR: Anak saudara Azmin Ali, Menteri Besar Selangor, Mohd Nuzul Fadli Mohd Noriyualsaid dan 2 lagi ahli perniagaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya No.35 Jalan Desa Pandan Kuala Lumpur kira-kira 1 tengahari tadi bagi siasatan kes rasuah projek lombong pasir dan pelbagai projek di Selangor yang dianugerahkan oleh Menteri Besar Selangor. Dalam serbuan itu sejumlah lebih RM 4 juta ditemui dan akaun dibekukan. Dijangka esok Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan membuat penahanan reman di mahkamah mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM. Nurul Fadli 34 tahun tidak bekerja namun dipercayai kaya-raya hasil rasuah di negeri Selangor menggunakan kedudukannya sebagai anak saudara Menteri Besar Selangor.

Tun M yang mengaku 'maksum'...Muka Tak Tahu Maluuuu

Image
Top Dog Pakatan Tun M setuju pemimpin yang menerajui kerajaan terlalu lama akan menyebabkan korupsi dan nepotisme. Tetapi dia mendakwa ketika menjadi PM selama 22 tahun dan tidak melakukan apa-apa kesalahan. Jelas Tun M mengidap 'sindrom tidak sedar diri'. Gaya pemerintahnya menyebabkan dia dicop pelbagai gelaran seperti “Mahazalim” dan Mahafiraun”. Bukan sahaja menahan musuh politiknya di bawah ISA malah dia telah melemahkan sistem kehakiman apabila memecat Ketua Hakim Negara Tun Saleh Abas. Dia dakwa tidak mengamalkan nepotisme tetapi sepanjang 22 tahun sebagai PM, anak-anaknya mengumpul harta luar biasa sehingga salah seorang anaknya Mokhzani menjadi orang ke-34 terkaya dengan harta bernilai RM420 juta. Tun M boleh terus menipu dirinya sendiri dan macai Pakatan pun boleh cuba “back-up” Tun M yang kononnya “maksum”. Tetapi jawapan Tun M jelas menunjuk dia adalah seorang pemimpin yang tidak boleh dipercayai dan cakap tak serupa bikin.

Inilah sikap hipokrit mereka!

Image
Pakatan hipokrit Pakatan menyalahkan BN untuk semua masalah yang berlaku di Malaysia tetapi mereka kini mendampingi Tun M yang berkuasa apabila masalah-masalah ini berlaku. Terbaru, Zaid Ibrahim daripada DAP menyalahkan Umno kerana jutawan Robert Kuok meninggalkan Malaysia pada tahun 80an dan kini berada di Hong Kong. Tun M yang berkuasa pada masa dimana semua isu-isu itu timbul. Kalau Umno yang bersalah, kenapa DAP kini bersekutu dengan Tun M? Pakatan telah membawa balik Tun M ke dalam arena politik aktif untuk menyokong mereka mendapat kuasa. Jelas mereka akan gunakan sesiapa pun untuk menang dalam PRU14. Tun M yang menjadi musuh mereka sekian lama kini diangkat sebagai hero mereka.

Bekas pemimpin Melayu DAP rayu rakyat tolak parti itu PRU14

Image
Ingat Bagi undi kepada PAN,PKR dan PPBM sebabnya politik sekutu dengan DAP wajib kita tolak dan jangan bagi undi. Bekas pemimpin Melayu dalam DAP, Mohd Razali Abd Rahman merayu kepada rakyat Pulau Pinang, Selangor dan negeri yang ada calon DAP agar menolak parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) akan datang. Menurutnya, rakyat di negeri berkenaan harus berfikiran terbuka untuk menilai semula apa yang kerajaan dan wakil rakyat DAP lakukan kepada mereka sepanjang mentadbir Pulau Pinang serta kawasan dimenanginya. “Saya harap pada PRU 14 ini rakyat membuat keputusan yang tepat. Jangan lagi memberi undi dan kemenangan kepada calon DAP, sebaliknya balaslah budi dan jasa kerajaan Pusat yang banyak menyalurkan bantuan walaupun di negeri yang diperintah oleh pembangkang. “Saya memberi contoh, ketika Pulau Pinang dilanda banjir baru-baru ini, apa kerajaan DAP buat untuk selamatkan mangsa banjir, kalau tidak merayu minta bantuan kerajaan Pusat? “Selepas itu, Ketua Menteriny

KIT SIANG MASIH PEMIMPIN SUPREMO PARTI HARAM

Image
Lim Kit Siang masih pemimpin supremo parti haram kerana pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP pada 12 November lalu belum diluluskan Pendaftar Pertubuhan (RoS), kata pengendali Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK). DAP menjadi sebuah parti haram sejak dari tahun 2012, apabila RoS tidak mengiktiraf pemilihan CEC pada pada Disember 2012. Pemilihan semula CEC 29 September 2013 juga tidak diiktiraf RoS kerana banyak berlaku penipuan dan manipulasi undi. “Jadi, jika DAP adalah haram, itu akan menjadikan Pakatan Harapan juga menyalahi undang-undang. Dan oleh kerana Lim Kit Siang bukan sahaja pemimpin DAP tetapi juga akan menentukan siapa dari Pakatan Harapan akan menjadi Perdana Menteri jika mereka memenangi pilihan raya umum terutama jika Kit Siang sendiri akan menjadi Perdana Menteri,”kata RPK dalam rencana bertajuk “Kit Siang Still DAP’s Illegal Leader” Tambahnya, bagaimanakah pemimpin haram dari parti haram boleh membentuk gabungan Pakatan Harapan untuk didaftar

Video Kenapa Saya Pecat Anwar

Image
Kita imbau kembali kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad mengapa beliau pecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan peringatannya yang kini boleh digunapakai terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin. "Orang lain bila disingkir daripada Umno, mereka berdiam diri tak buat apa apa dah. Tetapi bila disingikir daripada Umno mereka melemparkan fitnah kepada Umno dan cuba mendapat sokongan daripada parti lawan supaya niat untuk menjadi Perdana Menteri itu akan tercapai." "Orang ini perjuangannya amat cetek sekali. Hanya untuk jadi Perdana Menteri. Saya fikir negara ini patut ada 50 atau 100 Perdana Menteri, bolehlah bagi kepada dia satu daripada Perdana Menteri," katanya pada Pilihanraya Umum ke-13 pada 2013. Hari ini nada Dr Mahathir berubah. Kita tentu boleh menilai sendiri prinsip beliau. 

claim ini projek kerajaan negeri Selangor....Kuat Nya Nak Kelntong

Image
Di Malaysia ni ada sekelompok manusia yang tiada rasa malu. Terang lagi bersuluh bersungguh-sungguh menunjukkan betapa dia hebat dan tinggi ilmu lebih tinggi dari jalan 60 meter tersebut.

Geng Pembangkang Ni Kalau Boleh Spin...Spin Lagi...Pelawak Bukan Mian Lagi

Image
Kalau nak berlakon pun agok agoklah

Kerajaan DiBawah PM...Tiada TOLL...Alhamdulilah Untuk Rakyat

Image
 Projek lebuhraya Rawang Bypass sepanjang 23 km yg berharga RM630 juta kini telah siap dibina. Penduduk sekitar Rawang, Serendah, KL, Batang Kali dan Selayang dapat memendekkan masa perjalanan ke KL dari 2 jam ke 30 minit shj. Yang pasti projek ini bukan milik swasta. Ianya hak milik kerajaan. Tiada toll dikenakan. Tiada lagi hak milik kroni seperti dahulu. Rakyat Selangor amat bertuah, lebih bertuah jika mereka tolak kerajaan negeri pimpinan Azmin Ali.

Tengkorak Dia Kerajaan Negeri Selangor Punya..

Image
Agak agak lah nak bodohkan dan minda orang ramai....lagi nak pusing cerita kononnya Kerajaan Selangor yang bina lebuhraya ini....porah lah  Ni mesti mamat yg baru keluar gua... ?

Wajah sebenar DAP... berubah apabila ditampuk kuasa

Image
DAP bukanlah parti yang ingin melihat keamanan dan kemakmuran di kalangan rakyat yang terdiri daripada berbilang kaum, bangsa dan agama, tetapi mereka sebuah parti yang punyai matlamat untuk memecah-belahkan kaum di negara ini. Sebelum memerintah Pulau Pinang, sekitar tahun 2008, DAP dilihat 'ok' dan neutral dalam isu politik, namun keadaan berubah setelah berjaya memegang tampuk pimpinan negeri itu sehingga menampakkan sifat sebenar parti yang semakin sombong, angkuh dan rasis. Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Mejar Datuk Huan Cheng Guan berkata DAP yang dikenali sebagai Democratic Action Party telah lari daripada dasar yang sebenar dan seperti kehilangan arah kerana sudah kembali bersahabat dengan pemimpin yang pernah dimusuhi berpuluh tahun dahulu. "Sebelum memerintah Pulau Pinang, mereka (DAP) tiada masalah. Tetapi lihat apa yang berlaku selepas mereka berjaya tawan Pulau Pinang? Negara akan aman tanpa DAP. "Lihat sahaja di Pulau Pinang, du

Saifuddin usah tonjol kelemahan minda sendiri - Mohd Fazil

Image
Kelantangan Saifuddin membangkitkan tentang isu banjir di Kulim Bandar Baharu seolah-olah menempelak dirinya semula berikutan kegagalan mereka sendiri yang gagal menghadapi situasi banjir besar sebelum ini. KUALA LUMPUR: Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Saifudin Nasution Ismail diingatkan supaya lebih bersikap realistik dengan menggunakan kedudukannya untuk mencari penyelesaian terhadap masalah banjir yang melanda negeri itu. Ketua Penerangan UMNO Kulim Bandar Baharu Mohd Fazil Amir Hamzah berkata, dengan jawatan disandangnya itu, Saifuddin tidak sewajarnya menunjukkan kelemahan fikirannya dengan menggunakan politik murahan untuk mempengaruhi pengundi di Parlimen Kulim Bandar Baharu iaitu kerusi yang pernah diwakilinya satu ketika dulu. "Kelantangan Saifuddin membangkitkan tentang isu banjir di Kulim Bandar Baharu seolah-olah menempelak dirinya semula berikutan kegagalan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sendiri yang gagal menghadapi situasi banjir besar y

Isu Banjir, DAP Didesak Mintak Maaf Kepada Rakyat Pulau Pinang

Image
PULAU PINANG 10 Nov. - Penang Front Party (PFP) mendesak Kerajaan DAP Pulau Pinang memohon maaf kepada rakyat negeri ini berikutan kejadian banjir dan tanah runtuh yang berlaku kurang dari sebulan sejak 21 Oktober lalu. Pengerusinya, Datuk Patrick Ooi berkata, kedua-dua tragedi itu telah mengorbankan 11 individu dalam kes tanah runtuh di Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini dan 7 individu akibat banjir dan pokok tumbang baru-baru ini. Menurutnya, cadangan pembangunan di Tanjung Bungah dibantah ramai pihak termasuk tidak diluluskan Jabatan Alam Sekitar (JAS) tetapi kerajaan negeri tetap meneruskan projek itu selain dipercayai mengabaikan peraturan pembinaan termasuk kajian tanah. "Kita gesa kerajaan negeri terutama Ketua Menteri, Lim Guan Eng meminta maaf kepada semua rakyat Pulau Pinang kerana mereka menyusahkan kita semua, mereka perlu turun padang untuk tujuan itu. "Kita desak mereka hentikan semua projek di lereng bukit di negeri ini, ramai sudah terkorban, ada

MASZLEE TAK FAHAM POLITIK ISLAM, KATA PAS

Image
Hanya ideologi Barat sahaja memisahkan antara politik dan agama, demikian menurut Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamad. Mahfodz mengulas pandangan pensyarah Universiti Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik bahawa politik yang menggunakan agama ‘berbahaya’ kepada negara dan masyarakat, yang mana jika agama dipolitikkan ia akan memperalatkan orang ramai. Menyampaikan pandangan itu di Persidangan Antarabangsa Istanbul Network Transisi Demokratik Dunia Islam kelima di Kuala Lumpur, semalam, Maszlee juga berkata golongan ulama tidak sepatutnya masuk bertanding dalam pilihan raya. “Dia (Maszlee) tak faham politik Islam secara menyeluruh. Seperti orang barat dipisahkan oleh politik dan agama. Itu berlaku di zaman Eropah dahulu, apabila pergaduhan antara gereja dan istana maka berlakulah kemenangan kepada istana dan mengatakan politik suku, agama suku. “Manakala di dalam Islam, kita ikut contoh Nabi Muhammad SAW, baginda adalah Ketua Nabi dan Rasul, malah baginda

KEMANA PERGINYA RM3 JUTA YURAN MARATHON JAMBATAN PULAU PINANG?

Image
Sebenarnya sudah banyak bukti yang menunjukkan parti DAP sememangnya gagal mentadbir negeri Pulau Pinang dengan baik dan telus. Bukti yang ada sudah tak terbilang. Itu pun parti yang dikuasai kaum Cina itu masih mahu berdolak-dalik dan menafikannya. Lagi bukti DAP sememangnya tidak ada kredibiliti untuk mentadbir apabila kegagalan DAP Pulau Pinang menganjurkan larian Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang pada Ahad lalu. DAP telah membuat acara kebanggaan rakyat negeri Pulau Mutiara itu semakin hilang reputasi dan memalukan kerana kesilapan teknikal remeh yang tidak sewajarnya pun terjadi. Punca acara kebanggaan rakyat negeri Pulau Pinang itu dikritik di peringkat antarabangsa kerana memberi coklat yang telah tamat tempoh kepada peserta-peserta acara larian itu . Selain itu, T-shirt yang saiz salah dan lebih memalukan serta lebih teruk apabila pemenang-pemenang terpaksa menunggu selama lebih dua jam untuk mendapatkan pingat. Adakah ini yang sepatutnya peserta terima sele

Lebih banyak projek infrastruktur rakyat akan dibina - PM

Image
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata lebih banyak projek infrastruktur rakyat seperti Jalan Pintas Rawang yang dibuka kepada pengguna hari ini, akan dilaksanakan kerajaan. “Syabas. Ini akan kurangkan masa perjalanan buat pengguna selain memelihara alam sekitar. Banyak lagi projek infra rakyat sebegini akan kita laksanakan,” kata Najib menerusi catatan di Twitter beliau. Najib berkata demikian sempena pembukaan Jalan Pintas Rawang di Selangor kepada pengguna jalan raya bermula 6 pagi ini. Jajaran baharu sepanjang 9 km bernilai RM628 juta itu melibatkan pembinaan struktur bertiang tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 58.2 meter dari aras tanah. Ia dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 30,000 pengguna setiap hari. Mula dibina pada 16 Julai 2005 dan siap sepenuhnya pada 21 November lepas, infrastruktur bertunjangkan kepentingan rakyat itu dijangka mengurangkan kesesakan jalan raya dan memendekkan masa perjalanan dari Serendah ke Selayang, terutama pada waktu pun

Terima kasih PAS... bukti kita boleh bekerjasama

Image
Bajet 2018 sudahpun diluluskan di peringkat Dewan Rakyat pada Selasa, syukurlah. Walaupun ada drama pada malam 20 November lalu selepas Pakatan Harapan cuba mensabotaj Bajet 2018 peringkat jawatankuasa untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Nyaris-nyaris kerajaan kalah dan jika berlaku KPDNKK tak ada peruntukkan untuk 2018, namun tindakan dua Ahli Parlimen PAS, Siti Zailah Yusoff (Rantau Panjang) dan Idris Ahmad (Bukit Gantang) yang mengambil tindakan berkecuali semasa undi belah bahagian tersebut membuktikan UMNO dan PAS sememangnya boleh bekerjasama. Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Johari Baharom berkata, kedua-dua parti itu boleh bekerjasama dalam perkara yang membawa kebaikan semua terutama dalam isu membabitkan umat Islam. ? Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Pasu berkata, banyak lagi masalah lain yang dihadapi masyarakat Islam terutama golongan muda seperti penagihan dadah, kes buang anak dan mat rempit yang perlu ditangan

Saya tak kurang gentleman daripada Amiruddin, kata Mahfuz

Image
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempertikai kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang menyifatkan dirinya tidak 'gentleman' apabila memilih untuk tetap berada dalam PAS sungguhpun tidak sehaluan dengan parti.  Mahfuz berkata, tindakannya tetap 'gentleman' kerana beliau menyatakan pendiriannya terhadap parti secara terbuka dan bukan 'pak turut' yang mengkritik secara membuta tuli.  "Saya gentleman, saya duduk dalam PAS tapi kritik PAS untuk nyatakan pendirian secara terbuka. Itu gentleman lah," katanya kepada Antarapos. Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Mohd Amar semalam yang menyifatkan keputusan ADUN Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) lebih 'gentleman' berbanding Mahfuz. Dalam pada itu, bekas Naib Presiden PAS itu mengkritik PAS kerana mengambil pendekatan berkecuali sewaktu pengundian Bajet 2018, yang menurutnya ia bukan satu '

MENANG SELESA PRU14 : BN PERAK ADA FORMULANYA

Image
Barisan Nasional (BN) Perak mempunyai formula tersendiri menambahkan bilangan kerusi DUN dan parlimen bagi membolehkan mereka kekal memerintah selepas PRUke14 nanti. Bagi merealisasikan hakikat ini, kesemua komponen BN di Perak diminta mencari ahli-ahli baru mengundi calon-calon yang dipilih mewakili BN bertanding kelak. Demikian dinyatakan Timbalan Pengerusi BN negeri Perak Datuk Saarani Mohamad yang berpendapat kenyataan ini bukannya sesuatu yang mustahil “jika setiap ahli parti komponen yang menjadi pengundi, mencari sekurang-kurangnya dua lagi pengundi untuk mengundi BN.” Sebagai contoh katanya mengikut daftar sehingga Jun 2017, kira-kira 350,000 daripada 1.49 juta pengundi berdaftar di Perak merupakan ahli parti komponen BN. Justeru beliau berkata sekiranya mereka boleh mencari dua lagi pengundi bukan ahli parti komponen BN untuk mengundi BN, undi parti itu melebihi satu juta. “Jika mengikut perkiraan mudah, undi lebih satu juta itu membolehkan kita menang selesa,” ka

Kerajaan Dibawah Pemimpinan Najib.....Yang pasti ianya TANPA TOL

Image
 Khas untuk rakyat yang beeada disekitar Rawang dan kawasan berhampiran. Yang pasti ianya TANPA TOL dan dijangka mampu MEMENDEKKAN MASA PERJALANAN DARI 2 JAM KEPADA 30 MINIT.

“Membongkar Wajah Sebenar DAP” ‘Live’ Hari Ini

Image
bicara santai ‘Anda Tanya Kita Jawab’ akan menampilkan bekas aktivis parti Dap, Mohamed Razali Abdul Rahman dan Mejar Datuk Huan Cheng Guan dari Parti Cinta Malaysia (PCM) bagi mengupas topik ‘Membongkar Wajah Sebenar Dap’. Bicara santai yang dihoskan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Sri Annuar Musa itu akan bersiaran secara langsung (‘live’) di facebook dan youtube bermula jam 12 tengah hari serta berdurasi sekitar satu jam turut mengalu-alukan penglibatan orang ramai untuk berinteraksi melalui platform media sosial tersebut. Razali pernah dipertanggungjawabkan oleh Dap sebagai pengarah strategik bagi hal ehwal orang Melayu / Islam, manakala Huan merupakan bekas ahli parlimen Batu Kawan. Kedua-dua mereka merupakan individu yang berpengalaman luas dan sering mendedahkan perancangan sulit serta kepincangan pentadbiran Dap khususnya di Pulau Pinang. Sehubungan itu, semua dijemput untuk menyaksikan program tersebut secara ‘live’ di facebook rasmi UMNO-Online; www.faceboo

APA KEJADAHNYA SAMAN MBPP DI LETAK LOGO KERAJAAN MALAYSIA ?

Image
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) didesak menjelaskan penggunaan perkataan Kerajaan Malaysia dalam borang saman kaedah 5 pihak berkuasa tempatan (PBT) itu kerana bidang kuasa tersebut sepatutnya terletak di bawah kerajaan negeri. Ketua Pemuda UMNO Negeri, Rafizal Abdul Rahim berkata, tindakan tersebut menyebabkan 1,6 Juta rakyat di negeri ini keliru sekali gus boleh memberi perspektif negatif kepada kerajaan Persekutuan. "MBPP perlu jelaskan sejak bila kaedah itu digunakan untuk memungut saman kerana pekara ini dilihat janggal dengan sikap mereka yang sering menunding jari kepada kerajaan Persekutuan  kononya membebankan rakyat," Katanya kepad utusan Malaysia di sini hari ini. Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Hafizi Hariss mempersoalkan perkataan kerajaan Malaysia di atas borang saman yang dikeluarkan MBPP kepadanya di Jalan Macalister di sini 20 November lalu. Menurut lelaki berkenaan, borang yang tidak mempunyai logo MBPP iti disifatkan sebagai keraj

Azmin Tidak Peduli Rakyat Selangor, Sibuk Jelajah Negeri Lain

Image
Angan-angan Azmin Ali hendak jadi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri di negara ini nampaknya semakin terserlah. Azmin kini sibuk jelajah negeri lain untuk cari populariti dari memikir masalah rakyat di negeri sendiri. Azmin menunjuk-nunjuk di Twitter lawatannya ke negeri Johor di Batu Pahat dan Pasir Gudang. Fokus Azmin sudah hilang. Sudah mula berangan katanya untuk menjadi Presiden PKR menggantikan Wan Azizah dalam pemilihan PKR yang akan datang. Habis diangkut semua penyokongnya untuk turut sama. Dr Afif dari Pulau Pinang pun datang sama untuk beri sokongan kepada Azmin. Tinggal sudah Pulau Pinang kerana mahu menjilat Azmin Ali selepas merasa peluangnya menjadi timbalan kepada Guan Eng tertutup bila hadirnya Saifuddin Nasuiton. Dalam lawatan itu juga, Azmin sudah mula berjumpa dan membina rangkaian untuk menjadi Presiden PKR. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu nampak mahu lari dari isu rakyat di Sungai Yu yang sedang hangat dibualkan di Sela

Jessica Dilantik Timbalan Gabenor BNM

Image
KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan Kementerian Kewangan telah meluluskan pelantikan Jessica Chew Cheng Lian sebagai Timbalan Gabenor BNM yang baru bagi menggantikan Dr. Sukudhew Singh yang bakal bersara pada 31 Disember ini. BNM dalam satu kenyataan media berkata, Jessica selaku Timbalan Gabenor BNM akan bertanggungjawab terhadap peraturan dan pembangunan sektor kewangan termasuk sistem pembayaran, sektor pembangunan organisasi dan perkhidmatan perkongsian berpusat. “Jessica yang pada masa ini Penolong Gabenor BNM bertanggungjawab terhadap pembangunan peraturan dan dasar dalam sektor perbankan dan insurans yang memberi tumpuan kepada kecekapan, inovasi, institusi pasaran dan struktur, pembangunan kewangan dan pembangunan bakat. “Beliau juga bertanggungjawab untuk pembangunan sistem pembayaran dan peraturan dan pengawasan terhadap perniagaan perkhidmatan wang,” kata kenyataan itu hari ini. Menurut BNM, Jessica juga merupakan Ahli Jawatankuasa Dasar Monetari

Suu Kyi: Dewa Bagi Segala Pembohongan...Sama Jahat Dengan ZIONIS

Image
SEJAK Persidangan ASEAN plus 4 di Filipina dua minggu lalu, Kaunselor Myanmar Aung San Suu Kyi mengubah nada politiknya dalam isu Krisis Penghapusan Etnik Rohinga di Rakhine. Sejak tercetus tragedi pembantaian terhadap minoriti Islam itu, Suu Kyi tegas menafikan, kejadian itu sebagai krisis etnik. Malah, menolak tuduhan ia jenayah terancang untuk menghapuskan umat Islam di Rakhine. Suu Kyi menolak realiti. Bahawa, sejak pembantaian besar-besaran oleh pihak Tentera Myanmar dan pelampau buddha selama lima tahun bermula Oktober 2012, lebih 610 ribu penduduk minoriti Islam terpaksa menjadi pelarian ke sempadan Bangladesh. Manakala, lebih tiga ribu mati dibunuh secara kejam. Secara fakta, lebih 50 peratus etnik Rohingya yang berjumlah 1.1 juta, sudah lari meninggalkan Rakhine. Ia realiti yang membuktikan usaha Suu Kyi dan junta Tentera untuk menghapuskan umat Islam dari Rakhine telah mencapai kejayaan yang ketara. Minggu lepas, Myanmar dan Bangladesh menandatangani perjanjian.

PAS KEDAH JANGKA LEBIH RAMAI PEMBELOT KELUAR PARTI

Image
PAS sebenarnya sudah lama memerhati tindak-tanduk ADUN Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah dan menjangkakan beliau akan keluar parti, kata Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamed. Tapi katanya, tidak menjangkakan pula Amiruddin akan lompat masuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diterajui bekas perdana penderi Tun Dr Mahathir Mohamad, bukannya Parti Amanah Negara (PAN) yang diterajui Mohamad Sabu. “Kita memang dah jangka dia (Amiruddin) nak keluar parti. Sebab tindak-tanduk dia dah harum manis (hijau di luar, oren di dalam) sudah lama. “Cuma tidak tahu dia nak ke mana. Biasanya ahli PAS akan pergi (sertai) Amanah tetapi tiba-tiba dia masuk Bersatu (PPBM),” katanya. Mahfodz juga menjangkakan akan ada pengikut Amiruddin yang akan bertindak sama keluar parti dalam masa terdekat. “Saya jangka lepas dia ini akan diikuti satu dua orang lagi di Kedah khususnya. Kita pun sedang memerhati tindak tanduk mereka yang tidak bersama dengan PAS tetapi bersama dengan parti-

Hilang modal. ...Itu gambaran jelas tentang keadaan terkini wakil pembangkang di Johor.

Image
Sepatutnya sidang DUN Johor digunakan sebaiknya bagi wakil rakyat di Johor membahaskan Bajet Johor 2018. Sebaliknya, wakil rakyat pembangkang tersasar dan jauh menyimpang daripada tanggungjawab yang sepatutnya. Misalnya wakil rakyat Senai daripada DAP, Wong Shu Qi dan kepimpinan Pakatan Harapan Johor diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini cuba mengaitkan Menteri Besar Johor dengan skandal hartanah yang sedang dalam siasatan SPRM. Pembangkang mendakwa membaca artikel dan dokumen yang telah dimuat naik di sebuah laman web tentang tuduhan terhadap Menteri Besar Johor. Dalam tuduhan tersebut, mereka mendakwa Khaled Nordin telah menerima sejumlah wang pada tarikh-tarikh tertentu berserta jumlahnya. Paling menghairankan, kesemua tuduhan itu hanya berdasarkan andaian semata-mata dengan ditambah rencah memuat naik sebuah lampiran pengakuan saksi kes tersebut. Malangnya, ia hanya sehelai kertas yang tidak menyebut dan menyatakan apa-apa pun tentang penglibatan Menteri Besa

Guru didakwa tulis mesej palsu dalam group WhatsApp

Image
Seorang guru bahagian teknologi maklumat (IT) menjadi orang pertama di Malaysia yang dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membabitkan perkhidmatan aplikasi WhatsApp secara berkumpulan. Rafeah Buang, 36, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Awang Krisnada Awang Mahmud di Mahkamah Sesyen Tawau, hari ini atas pertuduhan secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi palsu menerusi WhatsApp dengan niat menyakitkan hati orang lain, 3 tahun lalu. Mengikut pertuduhan, Rafeah yang berkhidmat di sebuah jabatan kerajaan di Semporna, didakwa memulakan penghantaran komunikasi palsu sifatnya ke kumpulan WhatsApp ‘KARPET KEMAS 189-SEMPORNA’ dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada 11 Disember 2014 kira-kira pukul 1.00 tengah hari di Hospital Semporna. Dalam kumpulan WhatsApp itu, dia didakwa menghantar status berbentuk makluman agar berhati-hati dengan sebuah kereta Proton Hitam dengan nombor pendaftaran SAA6086T dipercayai pemandu kenderaan itu merupakan seorang

Kata Hebat Sangat Penguam Tapi Ngok

Image
Dewan Rakyat hari ini menolak usul tergempar yang dibentangkan oleh Surendran (PKR-Padang Serai) untuk membebaskan Anwar Ibrahim. Apa punya baghal lawyer bernama Surendran ini! Anwar dijatuhkan hukuman penjara kerana meliwat. Semua proses undang-undang berjalan dengan adil. Anwar juga diberi hak membela diri dan beliau kalah di mahkamah.

Lebih ramai ADUN PAS akan lompat parti - PAN

Image
Lebih ramai wakil rakyat PAS akan bertindak meninggalkan parti itu, kata Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (PAN), Suhaizan Kayat. Beliau yang juga bekas Ketua Pemuda PAS mendakwa wakil rakyat PAS terbabit akan mengikuti jejak Ahli Dewan Undangan (ADUN) PAS Anak Bukit, Amiruddin Hamzah yang kini menyertai parti Tun Dr. Mahathir Mohamad. “Amiruddin Hamzah sertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Ramai lagi YB (wakil rakyat) PAS akan keluar PAS,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook semalam. Amiruddin kelmarin mengumumkan beliau menyertai PPBM kerana PAS enggan bekerjasama dengan Pakatan Harapan. Pakatan Harapan dibarisi oleh parti sekular DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAN dan PPBM. Suhaizan dalam pada itu mendakwa Pengerusi Lembaga Penasihat PAS, Datuk Mustafa Ali turut mengkritik partinya sendiri baru-baru ini. Kata beliau, Mustafa menyifatkan PAS ketika ini berbeza berbanding PAS sebelum ini kerana tidak mempunyai strategi politik yang bulat (jelas)

PM Puji Cara Jamal Untuk Rakyat... komen PM lepas lawat restoran makan tengahari percuma

Image
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tadi singgah mengejut di Restoran Gerakan NGO 1Malaysia milik Datuk Seri Jamal Yunus di Jalan Pahang Kuala Lumpur. Restoran yang menjadi tumpuan ramai sejak dua bulan ini, kerana menyediakan makan tengahari percuma untuk rakyat Malaysia di ibu kota. Najib yang tiba jam 1 petang dibawa melihat keadaan keseliling yang penuh sesak oleh Datuk Jamal. Dalam komennya, Najib berkata restoran Jamal menjadi tempat tarikan baru kerana menyediakan makanan percuma yang selesa kepada warga kota. "Tahniah Datuk Jamal, semoga program sukarelawan ini jadi terkenal dan diperluaskan lagi ke tempat lain,"ujarnya yang berada kira-kira 30 minit di restoran itu. Restoran tersebut unik kerana menerima tajaan berbagai pihak untuk barang keperluan bagi memasak makan tengahari untuk 3000 warga kota. Sumbangan dalam bentuk beras dan barangan lain kemudiannya diproses oleh pasukan sukarelawan Gerakan NGO 1 Malaysia untuk dijadikan juadah orang r