ULAMA’ PAS DAH JANGKA DEMO PAKATAN HARAPAN AKAN HAMBAR

Himpunan ‘Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi’ yang berlangsung malam tadi di Padang Timur, Petaling Jaya jelas tidak mampu menandingi himpunan Fastaqim 2.0 anjuran PAS.

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamad berkata sambutan hambar pada himpunan anjuran Pakatan Harapan (HARAPAN) itu memang sudah dijangka.

“Saya dah jangka sebab dia sendiri sudah ‘down’ dia kata dia bukan nak lawan Fastaqim, (kehadiran) Fastaqim 250,000,” kata Mahfodz kepada pemberita selepas kuliah Dunia Islam Masa Kini di Dataran Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZM), Gombak hari ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mahfodz berkata demikian mengulas sambutan hambar himpunan antikleptokrasi di Padang Timur, Petaling Jaya, malam tadi.

Himpunan itu melabuhkan tirainya dengan mengumumkan 25,000 yang hadir menyertainya, namun Malaysiakini menganggarkan jumlah hadirin paling tinggi kira-kira 8,000.

Bagaimana Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor mengesahkan jumlah kehadiran peserta perhimpunan sekitar 4,000 orang.

Penganjur sebelum ini menyasarkan 100,000 penyertaan.

Mengulas lanjut, Mahfodz berkata ia berbeza dengan apa yang berlaku dalam PAS di mana parti Islam itu tidak memerlukan tokoh besar lain seperti bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menarik jumlah kehadiran yang besar dalam himpunannya.

“Itu (kehadiran peserta kuliah) membuktikan Tuan Guru walaupun ditohmah macam-macam pengikut PAS tetap memberikan sokongan padu.

“Kita doakan tuan presiden macam sekarang sudah bertambah-tambah sihat, sebab itu boleh datang sini,” kata Mahfodz.

Selain Mahathir, antara yang hadir dalam himpunan Antikleptokrasi semalam ialah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan beberapa lagi pimpinan tertinggi HARAPAN.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana