Tak perlu bimbang jika Umno-PAS bersatu, kata Annuar Musa

KOTA BHARU: Umat Islam dan orang Melayu di Kelantan tidak sepatutnya berasa bimbang jika kerjasama Umno dan PAS menjadi kenyataan kerana perkara itu bakal menguntungkan semua pihak pada masa depan.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, perkara yang perlu dibimbangkan sekarang ialah kewujudan DAP, iaitu sebuah parti yang membawa ideologi anti-Islam.

Tambah beliau, DAP juga menjadi satu-satunya pihak yang berasa bimbang melihat penyatuan tersebut kerana parti itu sememangnya tidak mahu melihat umat Islam dan Melayu bersatu.

“Kita (umat Islam) tidak perlu runsing jika Umno dengan PAS bersatu. Yang berasa runsing sekarang adalah DAP kerana dia memang tidak mahu Islam dan Melayu bersatu.

“Umno dan PAS sama-sama Islam...buat apa kita mahu terus bergaduh dan bertelingkah. Sebagai contoh di Kelantan, negeri ini jadi ketinggalan disebabkan kita tidak habis-habis bertelagah,” katanya yang dipetik Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian dalam program Bicara Minda dan Dialog ‘Perjuangan For All’ di Politeknik Kota Bharu, Ketereh, di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Penerangan Umno negeri, Datuk Md. Alwi Che Ahmad.

Sementara itu, Mustapa memberitahu, program dialog tersebut dilihat mampu memperkasakan sesi penerangan di pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana dapat disampaikan secara langsung kepada orang ramai menerusi media sosial seperti Facebook.

“Kita harap sesi ini bukan saja untuk didengari orang kita tetapi golongan atas pagar, pihak di sebelah sana dan orang muda setiap penjelasan yang diberikan Tan Sri Annuar dan Penerangan Umno,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana