SYED SADDIQ DICABAR SELESAIKAN ‘DRAMA’ – PEMUDA UMNO KEDAH

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM),Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dicabar supaya menghabiskan ‘drama’ kononnya beliau cuba dibeli oleh individu tertentu supaya meninggalkan parti.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, tuduhan Syed Saddiq bahawa beliau cuba dibeli oleh individu tertentu dan ahli keluarga beliau diancam adalah amat serius.

Justeru beliau menggesa supaya Syed Saddiq mendedahkan pihak-pihak terbabit dengan kadar segera.

“Apa yang perlu dilakukan oleh beliau adalah dengan segera melaporkan pertuduhan ini kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kebenaran dapat didedahkan akhirnya. Sehingga kini beliau belum membuat laporan kepada SPRM kononnya beliau telah ditawarkan RM5 juta.

“Pemuda UMNO Kedah juga tertarik kepada pendedahan yang telah dibuat oleh Syed Saddiq bahawa wujudnya ‘rangkaian dedak sistematik’ yang bertindak membeli dan merasuah beberapa pemimpin PPBM dan mengaitkan rangkaian ini dengan pejabat Perdana Menteri.

“Bagi Pemuda Kedah ini adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan beliau lagi sekali perlu membuktikannya dengan melaporkan perkara ini kepada pihak berwajib,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, Shaiful Hazizy turut mempersoalkan pimpinan PPBM yang dilihat membisu dalam isu membabitkan Syed Saddiq ini.

“Pemuda UMNO Kedah musykil dengan kehilangan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin dan Timbalan Presiden nya, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yang dilihat tidak sama sekali menyokong ataupun setidak-tidak hadir memberi sokongan kepada Syed Saddiq sewaktu beliau membuat sidang akhbar ‘sensasi’ tersebut,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana