SYABAS KEPADA LIM KIT SIANG KERANA BERJAYA MERAMPAS KUASA PAKATAN HARAPAN.

Baru-baru ini pemimpin DAP Lim Kit Siang dengan bijaknya telah mengetepikan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim daripada jawatan tertinggi dan sekaligus mempergunakan Mahathir Mohamad untuk memajukan perancangan politik beliau.
Namun, Mahathir sangat sensitif terhadap hakikat tersebut. Setiap kali ada pihak yang bercakap dan menghebohkan tentang kononnya Kit Siang akan menjadi Perdana Menteri, beliau akan menjadi orang yang pertama menafikan tuduhan dan dakwaan tersebut sekaligus terus mempertahankan Kit Siang.

Tidak kira apa sama ada Lim Kit Siang ataupun Mahathir yang membuat penafian mengenai perkara tersebut, hakikat yang tidak dapat dielakkan walaupun seberapa banyak penafian dibuat adalah Lim Kit Siang adalah pemimpin de facto (sebenar). Walaupun Mahathir menjadi Pengerusi Pakatan Harapan, PPBM yang diwakili beliau hanya mempunyai 1 kerusi parlimen.

Sebaliknya DAP yang mempunyai bilangan kerusi yang terbanyak dan parti DAP jugalah berhak membuat keputusan dalam Pakatan Harapan. Ini bermakna Kit Siang mempunyai hak dalam menentukan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti dan selaku pemimpin de facto yang mempunyai bilangan kerusi terbanyak, pilihan tepat untuk Perdana Menteri adalah Kit Siang sendiri.

Selain daripada kuasa di luar Pakatan, Lim Kit Siang turut menguasai parti DAP secara kuku besi. Bagi sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dan menetang Kit Siang, Kit Siang akan menentangnya, pihak berkenaan akan diketepikan, dipecat atau dipaksa untuk meletakkan jawatan. Kit Siang adalah orang yang pertama dan terakhir dirujuk apabila membuat keputusan. Tokoh-tokoh lain tiada yang b berani bercakap menentang Lim Kit Siang. Man Hin telah dihantar ke ladang manakala Karpal telah meninggal dunia.

Tokoh-tokoh lain tau bahawa jika mereka bersuara. Kit Siang akan bertindak kejam terhadap mereka seperti dia telah bertindak terhadap pengkritiknya pada masa lalu. Kit Siang tidak bertolak ansur dengan perbezaan pendapat dan pengkritik akan dikenakan tindakan tegas. Dan itu adalah sebab berlakunya empat peletakan jawatan dari Melaka baru-baru ini. Malah, terdapat ramai lagi pemimpin DAP sangat tidak berpuas hati tetapi mereka enggan untuk meninggalkan parti itu walaupun rasa tidak puas hati mereka kerana mereka takut peletakan jawatan mereka mungkin akan memberi kesan kepada parti.

Oleh itu, rakyat perlu tahu bahawa 1 undi untuk Pakatan Harapan adalah 1 undi untuk Lim Kit Siang menguasai negara ini dan adalah menjadi tanggungjawab rakyat untuk memastikannya tidak berlaku

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana