“SAYA MAAFKAN BELIAU” – DYMM SULTAN JOHOR

“Saya tidak mahu perkara ini dipanjangkan. Saya maafkan beliau.”

Demikian titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Yang di-Pertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj ketika Majlis Konvokesyen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) kali ke-17 yang berlangsung pada hari ini susulan isu kontroversi melibatkan Presiden Ahli Pertubuhan Ahlu Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA) Dr Zamihan Mat Zin Al-Ghari yang dikatakan menegur Sultan Johor mengenai isu dobi Muslim.

Hadirin yang tekun dan serius mendengar Titah Ucapan Sultan Ibrahim sejak awal kemudiannya memberikan tepukan gemuruh sebagai tanda menyokong perkenan Baginda memaafkan Dr Zamihan.

Dalam majlis itu juga Baginda bertitah, sekiranya benar Dr Zamihan merupakan penceramah JAKIM, Baginda menggesa pihak Jabatan Agama Islam Johor (JAINJ) tidak lagi berurusan dengan Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) selepas kejadian ini.

“Kalau betul dia penceramah JAKIM, saya pun tidak tahu dari mana JAKIM pungut dia. Selepas ini juga, saya mengarahkan Jabatan Agama Islam Johor tidak perlu lagi buang masa berurusan dengan JAKIM. Dan JAKIM juga tidak perlu lagi memberi pandangan kepada negeri Johor.”

Kontroversi ini timbul berikutan isu dobi mesra Muslim yang mendapat reaksi pelbagai pihak sehingga Sultan Johor menitahkan supaya perkara seumpama demikian tidak dilaksanakan di negeri di bawah pemerintahan Baginda.

Sultan Johor turut menegaskan bahawa, Baginda boleh menerima nasihat daripada mana-mana pihak, tetapi ianya hendaklah dilakukan dengan cara yang beradab.

“Nasihat saya, jagalah adab dan tutur kata bila bercakap di khalayak ramai. Kalau hendak beri pandangan kepada saya (Sultan Ibrahim) pun, saya akan dengar.”

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana