RENUNGAN DAN CERMIN DIRI UTK BANGSA MALAYA..

*Memalukan….Himpunan Kleptokrasi Petanda Buruk Buat Pembangkang*

1. Hanya 'beberapa kerat' sahaja jumlah khalayak yang mampu dikumpulkan oleh Pakatan Harapan dalam himpunan anti-kleptokrasi semalam. Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad sepatutnya sudah boleh mencongak nasib pakatan menjelang PRU14.

2. Sebelum ini diuar-uarkan bahawa khalayaknya boleh mencecah 100,000 orang. Namun dengan suasana hambar dan suram semalam, barangkali sekadar 8,000 orang yang hadir.

3. Ibarat `langit dan bumi’ dengan himpunan rakyat kelolaan kerajaan Barisan Nasional, himpunan anti-kleptokrasi semalam tidak ubah seperti festival yang diselangi dengan muzik sambil menjamu selera.

4. Bukan sahaja himpunan itu gagal, malahan ia juga amat memalukan bagi Dr. Mahathir, ketua umum pakatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim; presiden, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan pengerusi DAP sendiri, Lim Kit Siang.

5. Kira-kira cuma 5% sahaja yang hadir daripada jumlah sasaran yang ditetapkan - menyaksikan kegagalan pakatan untuk menarik sokongan dan simpati rakyat. Peserta yang datang kebanyakannya lebih tertumpu di dalam Amcorp Mall serta restoran makanan segera A&W.

6. Kegagalan ini suatu malapetaka buruk kepada Dr. Mahathir yang dikaitkan dengan skandal kerugian Bank Negara Malaysia akibat urus niaga mata wang asing (Forex) pada awal 90-an.

7. Kelibat pengerusi PPBM itu bersama presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden PAN, Mohamad Sabu serta Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak mampu menarik sokongan kaum Melayu ke himpunan itu. Himpunan kleptokrasi ini memalukan kerana terbukti tidak mewakili suara rakyat.

*Sumber:*

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana