Rafizi akauntan setengah masak kata Shahrir

Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyifatkan Rafizi Ramli sebagai akauntan setengah masak kerana tidak mendedahkan semua butiran tentang dakwaannya berhubung perbelanjaan misteri operasi Grand Plaza Serviced Apartments sebanyak RM80 juta.

Menurutnya, dakwaan tersebut adalah tidak berasas kerana komponen utama administrative expenses FIC Grand Plaza Ltd yang dirujuk oleh Rafizi adalah bayaran kadar pajakan tahunan.

“Kadar pajakan ini merupakan bayaran sewa yang perlu dibuat oleh FIC Grand Plaza Ltd, syarikat yang menguruskan perniagaan bagi pihak syarikat induk, iaitu, FIC UK Properties Sdn Bhd.

“Ini jelas dinyatakan di dalam Detailed Income Statement yang merupakan sebahagian daripada penyata kewangan FIC Grand Plaza.

“Dia (Rafizi) hanya tunjuk muka depan suruh kita keliru.  Memang fesyen akauntan setengah masak atau half baked accountant. Macam itulah, dia hanya tunjuk separuh dan tak tunjuk separuh lagi (penyata).

“Kalau orang baca (nampak macam dia) hebat,  dia pergi sampai London.  Dia suka buat kenyataan yang seksi dan menarik, misteri RM80 juta itu adakah (bermakna) duit tersebut diseleweng?,” kata Shahrir.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahli Parlimen PKR Pandan itu berhubung laporan penilaian keberuntungan Grand Plaza SA yang dibuat oleh ejen hartanah yang dilantik Felda iaitu CBRE.

Di dalam laporannya kepada bakal pembeli, Rafizi mendakwa CBRE menyatakan bahawa pemilik baru Grand Plaza SA ada peluang untuk mendapatkan keuntungan dan pulangan yang menarik memandangkan prestasi kewangan Grand Plaza SA di bawah pemilik sekarang menunjukkan prestasi di bawah keuntungan purata pasaran.

Shahrir menjelaskan Grand Plaza mahu dijual  kerana pengurusan dan pemilikan hotel bukan ‘core bussiness’ atsu teras FELDA.

“Lagipun, perniagaan ini merugikan, jadi lebih baik jual dan hasilnya digunakan untuk faedah peneroka  iaitu ‘core business’ FELDA sesuai dengan hasrat kita ‘balik asal’,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Shahrir berkata serangan Rafizi terhadap FELDA kerana Naib Presiden PKR itu mula menghidu kejayaan kepimpinan hari ini untuk membaik pulih insitusi tersebut.


Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad bercakap pada Majlis Sembang Santai MBFM (Majlis Belia Felda Malaysia) bersama Pengerusi Felda bersempena Sukan Warga Felda 2017 di Universiti Teknikal Malaysia (UTEM) Melaka

“Apa yang minat sangat Rafizi kepada Felda? Atau nak tunjukkan dia boleh baca akaun?.  Hari itu dia cari tapi tak jumpa. Dulu dia kata Shahrir janji nak bentang dalam parlimen, dah dibentang pun, dalam website parlimen dah ada sebulan sebelum dia bercakap mengenai perkara itu.

“Kalau dia baca muka kedua tentang laporan dalam setiap perkara administrative espenses, itulah penyata kewangan syarikat grand plaza di London.

“Dia kata tak faham atau sangaja nak kelirukan rakyat? Dia orang pandai, nak saya sebut dia pemfitnah, antara tak pandai dengan pembohong, mana lebih baik..setengah masak lah,” sindirnya.

Mengulas tuduhan Rafizi bahawa beliau angkuh  dan tidak mencerminkan kepimpinan FELDA yang bertanggungjawab, Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru menegaskan, beliau tidak hairan dengan dengan panggilan itu kerana ianya adalah panggilan penyokong tegar Tun Dr Mahathir Mohamad kepadanya.

“Rafizi pun dah jadi penyokong tegar Tun Mahathir, apa nak dihairankan,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana