PEMBANGKANG KEMPEN SABOTAJ EKONOMI MALAYSIA DEMI KEPENTINGAN POLITIK MEREKA

Pembangkang memang terkenal memburukkan nama negara di luar negara. Dalam usaha mereka berkempen dan bercemarah juga tidak pernah dari mulut pemimpin mereka yang sentiasa menabur fitnah bagi menimbulkan kebencian kepada rakyat.

Selain itu, media yang dikawal pembangkang berterusan menjalankan kempen mensabotaj ekonomi Malaysia bagi kepentingan politik mereka sekaligus menjejaskan ekonomi kebajikan rakyat mengundang rasa kecewa pemimpin kerajaan.

Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, banyak laporan yang dilaporkan media ini tidak menyeluruh dan tanpa segan silu menyebarkan penipuan berhubung hal berkaitan Malaysia.

Terbaru, mereka mengambil laporan mutakhir Bank Dunia mengenai Asia Timur di mana mereka menyentuh isu berkaitan pertumbuhan ekonomi Malaysia, keluaran dalam negara kasar (KDNK),harga minyak, cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan lain-lain.

Laporan yang dimuatnaik oleh Malaysiakini MalaysianInsight dan sebagainya telah melaporkan bagi memburukkan kerajaan dan pencapaian ekonomi negara. Semua petikan ini bukannya 'berpilih', sesiapa sahaja yang berkata demikian patut membaca keseluruhan laporan tersebut.

Walaupun ia ada menyentuk aspek bahaya risiko dalaman namun laporan itu turut memuji pencapaian semasa Malaysia. Tapi pembangkang hanya melaporkan perkara yang negatif namun tidak melaporkan perkara yang berbentuk positif dan membina ekonomi negara.

Datuk Seri Najib Tun Razak juga pernah mengkritik pembangkang dipercayai kerana mensabotaj ekonomi negara sedangkan menurutnya ekonomi kini berkembang pesat dan asasnya kuat.

Selain mempunyai asas yang kuat, perkembangan positif Malaysia pada hari ini merupakan pencapaian sebenar Kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib.

Semua rakyat Malaysia sepatutnya berbangga dengan rekod pencapaian ekonomi negara dan mereka yang menyebarkan pembohongan demi kepentingan politik sepatutnya berasa malu kerana memalukan negara dan rakyat Malaysia.

Berita palsu mereka tidak seiring dengan apa yang diperakui institusi global mengenai Malaysia, mereka mengetahui Kerajaan ini mempunyai pelan ekonomi dan perancangan itu telah dan akan terus dilaksanakan demi manfaat rakyat Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana