Pembangkang heret rakyat berkumpul demi agenda politik suram

Pembangkang sekali lagi cuba mengheret rakyat untuk berkumpul demi kepentingan agenda politik mereka yang kian suram ketika ini.

Setelah kehabisan segala modal politik, pakatan pembangkang menurut ADUN Kota Damansara Datuk Halimaton Bohan menggunakan taktik menghimpunkan rakyat bagi mengembalikan momentum politik mereka menjelang PRU ke-14 tidak lama lagi.

“Pembangkang sedar mood dan emosi rakyat ketika ini berada dalam keadaan baik, segala usaha Perdana Menteri untuk Malaysia dapat dilihat oleh rakyat dan menangkis segala tohmahan yang dilemparkan mereka selama ini.

“Inilah faktor kenapa Pakatan Harapan ingin mengadakan perhimpunan, tembelang mereka sudah pecah dan kehabisan modal politik sehingga sanggup memperdayakan rakyat berkumpul untuk kepentingan politik mereka,” selar beliau.

Beliau berkata demikian ketika melakukan lawatan pertama kali ke Klinik Kesihatan Kerajaan Kota Damansara yang baru beroperasi, pada Khamis.

14 Oktober ini, PH yang diketuai Mat Sabu akan mengadakan perhimpunan yang bertemakan Sayangi Malaysia, hapuskan kleptokrasi di Petaling Jaya.

Jelas Halimaton, perhimpunan itu adalah bersifat retorik yang hanya dapat memenuhi nafsu PH menanam kebencian rakyat kepada pemimpin negara.

“Apa itu kleptokrasi? Kalau betul ia berlaku kenapa ketika Perdana Menteri pergi ke Amerika hari tu tak kena tahan atau ditangkap oleh pihak berkuasa negara tersebut?

“Inilah pembangkang, yang sentiasa tidak berpuas hati dengan kepimpinan kerajaan pusat. Perhimpunan itu sengaja dicipta untuk mencetuskan api kebencian, kemarahan rakyat kepada pemimpin negara, inilah retorik politik mereka yang perlu disedari rakyat.

“Rakyat jangan terpedaya, jangan termakan dengan hasutan pembangkang ini. Lebih baik masa terluang itu dimanfaatkan kepada aktiviti berfaedah seperti mengeratkan hubungan kemesraan kekeluargaan,” tegas Naib Ketua Wanita UMNO Selangor itu.

Mengulas lanjut program lawatan berkenaan, Halimaton melahirkan rasa bersyukur kerana berjaya merealisasikan hasrat penduduk di Kota Damansara untuk menyediakan Klinik Kesihatan Kerajaan di kawasan berkenaan

“Selama ini, rakyat di Kota Damansara yang ingin mendapatkan rawatan klinik kerajaan terpaksa bersusah payah pergi ke Hospital Sungai Buloh dan Klinik Kesihatan Kelana Jaya.

“Ini menyukarkan dari segi jarak dan masa, masalah pengangkutan selain terpaksa bersesak ketika mendapatkan rawatan.

“Akhirnya, Alhamdulillah setelah menunggu hampir 3 tahun, siap juga klinik ini dan ia adalah hadiah terbaik daripada kerajaan pusat untuk rakyat di sini,” katanya.

Klinik Kesihatan Kota Damansara telah dibuka kepada orang ramai sejak awal bulan ini dan menyediakan rawatan sakit luar, rawatan kecemasan dan kritikal, klinik ibu dan anak serta klinik pergigian.

Klinik ini telah menyewa 2 unit bangunan 5 tingkat dan telah diubahsuai dengan menelan belanja sebanyak RM11.7 juta.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana