Pembangkang desperado... UMNO dan BN jadi mangsa fitnah

Geram tidak habis-habis memfitnah UMNO dan Barisan Nasional negeri yang dipimpinnnya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memanggil  Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming dan puak pembangkang sebagai “desperado.”

Menurut Menteri Besar Perak itu dakwaan kononnya BN negeri mewujud 165,000 pengundi hantu di negeri ini menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sebagai permainan politik jahat pihak pembangkang.

Beliau berkata, dakwaan Pengerusi DAP Perak itu merupakan ”satu fitnah terhadap Barisan Nasional (BN) dan mengelirukan rakyat.”

“Fitnah ini sama seperti PRU-13 lalu mereka turut dakwa wujud 43,000 pengundi hantu dari Bangladesh dan rakyat mempercayainya, jadi mereka ulangi lagi tuduhan ini untuk PRU-14.

“Ini permainan politik yang begitu kotor dan jahat, terlampau desperado,” katanya”.

Beliau juga mencabar Kor Ming menyerahkan bukti-bukti pengundi hantu yang konon disimpannya kepada pihak Polis ataupun kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Dia (Kor Ming) harus bertanggungjawab dengan tomahan yang dibuat, serahkan bukti itu kepada pihak berkuasa untuk siasatan secepat mungkin, tidak perlu beri kita (BN) tempoh 24 jam.

“Kita (BN) pun nak sangat tahu siapakah pengundi-pengundi hantu ini? . . . adakah ia sebenarnya milik Pakatan Harapan? DAP? Atau hantu diwujudkan Kor Ming sendiri?”tanyanya.

Terdahulu Dato Saarani Mohamad, Timbalan Pengerusi BN/UMNO negeri menafi dan melabel Nga Kor Ming sebagai “pemfitnah”dan mencabarnya membuat laporan polis segera, jika betul ada bukti mengenai pengundi hantu di Perak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana