"PAS satu parti boleh kumpul 200,000... PH patut 1 juta orang"

PAS menyindir kegagalan gabungan parti pembangkang Pakatan Harapan menarik sokongan orang ramai dalam Himpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi pada Sabti di Petaling Jaya Selangor.

Menurut Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi perhimpunan tersebut sepatutnya dihadiri 1 juta atau sekurang-kurangnya 500,000 peserta.

Katanya, sedangkan himpunan Fastaqim 2.0 yang dianjurkan PAS sebagai satu-satunya parti mampu dihadiri seramai 250,000 peserta, PH yang mempunyai gabungan empat buah parti sepatutnya boleh melangkaui jumlah tersebut.

Justeru ujarnya, melihat kepada kehadiran jumlah peserta yang menyertai himpunan tersebut semalam, Sallehen berkata ia sudah jelas membuktikan tahap sokongan rakyat terhadap bekas rakan partinya itu.

"PH mengadakan perhimpunan dengan empat atau lima parti, jadi sepatutnya kalau PAS yang hanya satu parti boleh kumpul 200,000 orang, sepatutnya malam tadi ada 1 juta atau pun 500,000 paling tidak.

"Boleh jadi itu adalah gambaran awal sokongan rakyat terhadap PH, yang kedua bila sudah dekat dengan Pilihan raya, perasaan untuk mereka berhimpun itu lebih tinggi tapi nampaknya sekadar itu sokongan yang mereka boleh tunjukkan," katanya.

Sallehen berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai Himpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi anjuran PH yang gagal mencapai sasaran kehadiran 100,000 peserta malam semalam.

Malah kehadiran peserta dianggarkan sekitar 8,000 sahaja walaupun penganjur mengumumkan jumlah peserta yang datang seramai 25,000 orang.

Pengarah Sekretariat Himpunan tersebut, Mohamad Sabu walau bagaimanapun masih mampu tersenyum dan berpuas hati dengan angka kehadiran peserta himpunan yang diketuainya itu.

Beliau malah berkata himpunan tersebut bukannya berhasrat untuk melawan dengan mana-mana parti lain kecuali UMNO-Barisan Nasional (BN).

Himpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi merupakan kemuncak selepas gabungan itu mengadakan siri jelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan kepada rakyat berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana