PARTI PAS DEDAH KEJAHILAN DR MAHATHIR

Saat berkuasa hingga kini, Dr Mahathir terus menghentam parti PAS sebagai pemecah belah. Tindakan Dr Mahathir itu jelas menunjukkan beliau ketandusan modal dengan terus mengulang fitnah bagi mendatangkan imej buruk kepada PAS.

Kenyataan-kenyataan liarnya terhadap parti PAS semakin menjadi-menjadi kerana Dr Mahathir mahu PAS tersungkur selamanya. Dr Mahathir sendiri tidak sedar yang beliau adalah punca kepada berpecahnya parti yang diperjuangkannya dahulu yakni UMNO dan kini beliau berserabut pula dalam Pakatan Harapan.

Sebenarnya ramai tidak tahu, terlalu banyak kontroversi telah ditimbulkan Dr Mahathir di sepanjang kariernya ketika beliau berkuasa. Beliau lah yang memecah belah dan menimbulkan kekeliruan besar kepada umat Islam.

Pada 14 Julai 1991 Dr Mahathir menyatakan bahawa hukum rejam kepada penzina adalah primitif. Begitu juga dengan tindakannya yang mempertikaikan hukum hudud. Malah dalam tahun 1994, Dr Mahathir juga telah ‘berfatwa’ bahawa al-Quran perlu ditafsirkan semula.

Di samping itu juga, Dr Mahathir juga pernah mencadangkan untuk menghapuskan penggunaan perkataan Islam kepada parti politik dan pertubuhan NGO. Bagaimanapun, ideanya itu disanggah oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang membuat pendirian sebaliknya.

Dr Mahathir juga pernah mempergunakan Astora Jabat, seorang rakyat Thailand untuk berlakon sebagai ulama dan menyerang PAS dengan membawa hujah-hujah songsang yang mengelirukan umat Islam.

Astora Jabat secara tidak langsung menjadi penasihat agama Dr Mahathir yang beliau lebih percayai berbanding mufti dan ulama berkaliber dalam pentadbiran JAKIM.

Pada tahun 2003, Dr Mahathir dikatakan telah menarik bantuan perkapita bagi Sekolah Agama Rakyat di seluruh negara. Malah, jelasnya, institusi itu sering diremeh dan pernah dituduhnya sebagai tempat melahirkan kegiatan radikal.

Semua tindakannya itu hanyalah kerana permusuhan dan kebenciannya terhadap pesaing-pesaing politik beliau agar mereka lumpuh dan tunduk di bawah kekuasaannya.

Hakikatnya, Dr Mahathir hanya cemerlang menyatukan umat dalam materialisma dan liberalisma di mana di zaman beliaulah kumpulan-kumpulan penentang agenda Islam dan sesat berkembang biak.

Rakyat digesa supaya menilai secara bijak dan matang perbezaan antara sumbangan dan jasa Dr Mahathir dalam membangunkan negara, dengan kezaliman serta penyelewengannya terhadap negara.

Nilailah juga sikap pimpinan Pakatan khususnya DAP yang begitu kuat menentangnya dahulu dan menjadikan seluruh kejahatan Mahathir sebagai sebab pakatan diwujudkan, namun kini mereka begitu mesra dengannya bagai pinang dibelah dua. Yang pasti Dr Mahathir dan pemimpinan Pakatan hanya mempergunakan antara satu sama lain.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana