PAKATAN HARAPAN SEMAKIN RAPUH, RETAK MENANTI BELAH

DARI minggu ke minggu, bulan ke bulan, rakyat semakin buka mata melihat kerapuhan Pakatan Harapan dikepalai DAP ini.

Mana tidaknya, pergolakan dalaman parti-parti yang bersekutu dalam pakatan itu semakin serius – ibarat retak menanti belah.

DAP bermusuh dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) manakala PKR pula dengan gelagat menteri besarnya, Azmin Ali pun tidak kurang `hebatnya’.

Tindakan Azmin yang tidak menggunakan kuasanya untuk menangguhkan kerja-kerja Malaysian Airports Holdings Berhad (MAHB) meroboh kuarters kediaman dan kedai bekas pegawai Masjid Lapangan Terbang Subang (LTAS), baru-baru ini dikecam masyarakat.

Perlakuan Timbalan Presiden PKR itu disifatkan oleh PSM, `rakan strategik’ pembangkang sendiri sebagai zalim dan tidak berperikemanusiaan.

Dipercayai, PSM turut bergabung tenaga dengan PAN mahu meruntuhkan kerajaan Azmin Ali Di Selangor dengan menggunakan isu roboh rumah berkenaan seperti didakwa penyokong kuat Azmin, Latheefa Koya.

https://www.facebook.com/latheefa.koya.9?hc_ref=ARTxk7anRofYqwu2c4UhuVpUK6FHX0rouy6UT_cTnJ_PTOr0B4uwjwqc8HfR9NwSTF0&fref=nf

“Isu perobohan surau hari tu. Dari mula lagi geng PSM (penuh dengan bekas-bekas anti Azmin yang tak dipakai lagi di PKR ) sibuk mengatakan semua salah MB Selangor. PSM tunjuk bangga pimpinan ditangkap jadi hero rakyat.

Latheefa turut mendedahkan PAN juga telah mengadu kepada Pengerusi pakatan itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk memburuk-burukkan imej Azmin.

“Inilah strategi caca-merba. Hilang fokus. Lawan tetap lawan. Gaduh sama kawan,”katanya lagi. Dalam pada itu Perak menyaksikan hubungan DAP-PSM juga semakin sukar untuk dipulihkan. Semua ini gara-gara berebut kerusi bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Baru-baru ini, Ahli Jawatankuasa PSM Pusat, S Arutchelvan menyatakan parti itu bersedia berdepan pertandingan tiga penjuru atau lebih sekiranya DAP tidak mahu berunding pengagihan kerusi bertanding di Perak. PSM turut mengingatkan Pakatan Harapan supaya tidak mengganggu kerusi berkenaan, termasuk berharap DAP tidak campur tangan di kerusi yang mahu ditanding mereka.

Bagaimanapun, Naib Pengerusi DAP Perak, A. Sivanesam mendakwa DAP mendapati tiada sebarang kebaikan jika mereka bekerjasama dengan PSM.

Azmin sudah tidak peduli dah hal rakyat. Tetapi Kerajaan Pusat melalui Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar yang lebih prihatin dan peduli rakyat.

Latheefa Koya cuba nak jadi hero sepertimana dalam link Facebooknya tadi.

PSM dengan Pakatan Harapan pun semakin teruk. Itu belum lagi cerita Lim Kit Siang teringinkan jawatan `PM ke-7′.

Apa nak jadi Pakatan Harapan. Semakin hari semakin rapuh.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana