Najib musuh negara, kata Dr Mahathir....Buruknya Perangai Madey Ni

Di hadapan kira-kira 8,000 hadirin himpunan anti-kleptokrat, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) menggelarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai "musuh negara".

Beliau mendakwa, Malaysia yang satu ketika dahulu dipandang tinggi di peringkat antarabangsa sudah mendapat imej buruk, yang didakwanya berpunca daripada pentadbiran Najib.

"Najib sebenarnya adalah musuh negara. Di mana-mana kita pergi, (orang) bertanya apa sudah jadi pada negara kamu.

Dulu mereka pandang tinggi Malaysia, anggap Malaysia negara contoh," kata bekas perdana menteri itu dalam ucapan penutupnya.

Mahathir berikrar HARAPAN akan menjadikan Malaysia kembali "mulia" dan menjadi antara 10 negara paling bersih di dunia menjelang 2030, jika mereka berjaya mentadbir negara.

Mahathir berkata, HARAPAN akan mengambil lima langkah antirasuah bagi masa 100 hari mentadbir negara, antaranya menangkap "Malaysian Official 1", menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat dakwaan penyelewengan 1MDB dan Felda dan menubuhkan badan bebas untuk mengembalikan aset rakyat yang diselewengkan.

SPRM akan dijadikan badan bebas dan diletakkan di bawah Parlimen dan amalan rundingan terus bagi kontrak kerajaan juga akan dihapuskan, katanya lagi.

Beliau mengkritik Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang menurutnya berbohong apabila mengatakan badan itu berusaha membanteras rasuah.

"Hari ini, SPRM rajin ke Sabah dan tangkap orang, tetapi penyangak terbesar tiada apa-apa siasatan."

Beliau merujuk tangkapan beberapa pemimpin Umno dan Parti Warisan Sabah (WARISAN) berhubung dakwaan penyelewengan dana yang sepatutnya dilaksanakan Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, sebelum pemecatan Datuk Seri Shafie Apdal daripada portfolio itu ketika rombakan kabinet pada 2015.

"Selagi tiada siasatan terhadap RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib...tak usahlah Dzulkifli nak kaburi mata rakyat kononnya dia cergas menghalang (rasuah)," katanya lagi.

Najib sebelum ini menafikan dakwaan itu, manakala Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali telah membersihkannya daripada sebarang kesalahan berhubung dakwaan itu.

Mahathir menyifatkan siasatan SPRM di Sabah sebagai usaha melemahkan pembangkang.


"Tetapi kami tidak akan gentar dan akan terus memperjuangkan rakyat," katanya.

Walaupun dengan sasaran asal 100,000 hadirin pada himpunan itu, anggaran Malaysiakini mendapati sekitar 8,000 yang hadir.

Penganjur pula mengumumkan jumlah kehadiran seramai 25,000.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana