MUFTI DIFITNAH PEMBANGKANG, NAFI TERLIBAT DENGAN DEMO ANTI KLEPTOKRASI

“Kami menafikan sekeras-kerasnya penglibatan kami samada atas kapasiti peribadi atau jawatan Mufti Wilayah Persekutuan dalam program ini,”.

Itu penafian Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berhubung penglibatannya dalam himpunan pembangkang di Padang Timur semalam.

Mufti Wilayah Persekutuan itu mendakwa dirinya dikaitkan dengan satu poster yang sedang viral menunjukkan gambar beliau berada bersama sebaris pemimpin pembangkang mempromosikan himpunan semalam.

“Kami menerima kiriman poster ini sebentar tadi daripada seorang netizen yang bertanyakan tentang penglibatan Mufti Wilayah Persekutuan dalam program ini,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Tegas Zulkifli, tindakan menyebarkan poster tersebut tanpa usul periksa adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan tersebut yang bertujuan untuk mencemarkan imej beliau.

“Kami menghormati hak kebebasan bersuara di Malaysia, namun berpendirian untuk kekal tidak memihak kepada mana-mana parti politik atas kapasiti Mufti Wilayah Persekutuan.

“Justeru, tindakan membuat poster ini dan menyebarkannya tanpa usul periksa adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Ujar beliau, semasa himpunan pembangkang diadakan beliau sedang dalam penerbangan pulang dari Labuan ke Kuala Lumpur dan tidak ada menghadiri himpunan tersebut.

“Semasa program ini dijalankan, kami berada dalam penerbangan daripada Labuan ke klia2 selepas menghadiri program di sana.

“Kami menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk lebih berhati-hati dan menyelidik hal yang belum dipastikan lagi. Media sosial hendaklah dimanfaatkan dengan baik dan sewajarnya untuk tujuan yang bermanfaat,” katanya.

Pembangkang semalam menganjurkan himpunan ‘Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi’ tetapi menerima sambutan yang agak hambar dengan dianggar hanya 8,000 orang hadir, tersasar daripada sasaran 30,000 orang dibuat oleh pembangkang sebelum ini. – MalaysiaGazette

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana