MADEY : ‘MR TAK TAHU’ TIBA-TIBA PULA BOLEH TAHU SERBA SERBI….BODOH MADEY TUA TUA LAGI KUAT MENIPU

AJAIB… Mungkin ramai masih lagi ingat jawapan ‘Saya tak tahu!’ oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad setiap kali disoal panel RCI berhubung skandal RM36 bilion lesap akibat forex BNM pada 1990-an.

Ia menjadi bahan jenaka popular penganalisis politik tempatan yang mempertikaikan jawapan itu, sementelahan Mahathir seolah-olah cuba menyembunyikan sesuatu dengan berselindung di sebalik ungkapan ‘Saya tak tahu!’.

Lucunya penyokong pembangkang yang hadiri perhimpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi anjuran Pakatan Harapan di Petaling Jaya, Selangor lewat Sabtu dikejutkan pula dengan pendedahan terbaharu Mahathir

Pengerusi blok pembangkang itu kali ini berubah 360 darjah apabila jadi serba serbi tahu mengenai rahsia masalah negara waima bukan lagi perdana menteri berbanding ‘lupa’ segala-gala semasa 22 tahun pemerintahannya dahulu.

Memang patutlah Sultan Johor dalam satu majlis pernah bertitah menggelar Mahathir sebagai ‘orang tua nyanyuk’ kerana tiba-tiba hebat dapat semula ingatan memori sehingga menyebabkan hampir 10,000 hadirin kelu terkesima.

Ketika berucap pada acara kemuncak himpunan haram itu; yang suatu ketika pernah dikutuknya, Mahathir berjaya menonjolkan dirinya setanding pemimpin pembangkang dengan kata berbaur fitnah serta dakwaan tidak berasas.

‘Najib pencuri! Najib penyamun! Najib curi duit rakyat! Najib penipu!’ adalah ayat yang banyak kali diulang-ulang Mahathir di atas pentas utama sebagai merujuk nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lebih menyedihkan, tanpa sedikit pun perasaan berdosa di raut wajah beliau yang sudat teruk berkedut, Mahathir yang hampir mencecah usia satu abad itu tersenyum bangga melihat penyokong pembangkang biadab ‘boo’ Najib.

Taktik terbaharu itu memang sudah diduga dan terpaksa digunakan untuk elak pengikut tegar pembangkang ‘imbau’ semula idola mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuk Mahathir sebagai Diktator Maha Zalim, Maha Firaun!

Ramai maklum sehari selepas Ketua Umum PKR itu kecam Mahathir dari anjung Masjid Negara di ibu negara pada 1998 kerana dipecat secara zalim, Anwar ditahan oleh polis dan didakwa atas kes liwat yang diragui kesahihannya.

Selain itu, keceluparan Mahathir mengutuk keturunan asal Najib daripada suku Bugis di Sulawesi, Indonesia, secara tidak langsung dilihat turut berjaya menghina imej bangsa yang terkenal hebat dengan sifat pelaut berani tersebut.

Mahathir malahan turut mencaci isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Apakah ini taktik biadab Mahathir mahu memastikan penyokong pembangkang ‘lupa’ asal usul dirinya berketurunan India dari Kerala.

Umum mengetahui, Anwar sendiri pernah kutuk Mahathir dengan gelaran Madey Kutty dan Mamak Bendahara bagi memberi gambaran latar belakang jati diri bekas bosnya itu yang bukan seseorang berjiwa Melayu sebenar.

Malangnya kali ini Mahathir pula jauh lebih biadab daripada Anwar. Pemimpin sebeginikah yang rakyat Malaysia inginkan untuk mentadbir sebuah negara? Bukalah minda, fikir sedalam-dalamnya sebelum situasi terlambat!

Sebenarnya agak pelik, pada saat Mahathir mencaci dan menghina orang lain, pengikutnya begitu seronok tepuk tangan ‘berkongsi saham’ dosa fitnah dan umpat keji. Jika beliau dikutuk, orang lain dituduh tidak beradab!

Apakah semua ini? Barangkali, mereka ini diibaratkan sekelompok burung gagak berkongsi bangkai yang sama. Apa yang lagi menyedihkan, Mahathir dilihat menggunakan kaedah ‘Goebbels Nazi’ bagi meracuni minda penyokongnya.

Bekas menteri propaganda Adolf Hitler di Jerman era Perang Dunia Kedua itu terkenal dengan perang saraf jahat iaitu buat pembohongan berulang banyak kali, lama kelamaan ia akan dilihat pula seperti sebuah fakta kebenaran.

Tidak sedarkah Mahathir, isu konon Najib merasuah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebanyak RM90 juta pun terkial-kial untuk dibuktikan oleh ejennya, portal Sarawak Reports di mahkamah Britain baru-baru ini.

Bayangkan inikan pula melempar pelbagai pembohongan serta dakwaan tidak berasas. Kasihan sungguh kepada Mahathir apabila begitu terdesak ingin raih simpati, sanggup melakukan apa sahaja matlamat menghalalkan cara!

Bagaimanapun, inilah wajah Mahathir sebenarnya kali ini. Mahathir tetap Mahathir! Satu nama yang begitu terkenal dengan kepakaran hebat dalam pergunakan minda orang lain tanpa sedar sehingga menjadi fanatik buta.

Keadaan jelas terbukti selepas UMNO gagal menjadi ‘mangsa’ agendanya, kini DAP dan parti-parti lain pula yang dilihat menjadi ‘hamba penyembah’ setia kepada misi rancangan perjuangan Mahathir belum selesai lagi itu.

Hanya kerana kepentingan diri terhalang, habis seluruh negara diganggunya. Semoga Allah merahmati rakyat yang cuba diracuni Mahathir dengan mengalihkan ‘busuk’ beliau kepada Najib bagi melihat dirinya seolah tampak ‘suci’.

Berbalik kepada perhimpunan haram di Padang Timur itu, tohmahan Mahathir ternyata gagal apabila hanya sekitar 5,000 peserta sahaja yang hadir berdasarkan tinjauan portal propembangkang Malaysiakini. Apa sudah jadi?

Organ media rasmi PAS iaitu Harakah Daily pula melaporkan hanya 1,500 orang hadir di sebalik PPBM dengan nada yakin mendakwa konon 25,000 orang hadir di padang yang sebenarnya boleh muat 10,000 orang sahaja.

Bilangan angka itu bagaimanapun dilihat jauh tersasar daripada target awal pemimpin pakatan berkenaan yang begitu bongkak mengatakan lebih 100,000 orang bakal hadir. Majoriti rakyat terbukti ‘menolak’ blok tersebut.

Ia sekali gus menafikan kenyataan Presiden PAN, Mohamad Sabu yang begitu yakin jumlah itu mampu dicapai selain konon sokongan rakyat terhadap matlamat melawan Barisan Nasional.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana