Lari Kawasan? Pasti Rakyat Lembah Pantai ‘Rindu’ Janji Manis Nurul Izzah – Nazri

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai, Mohd Nazri Abdul Rahman menyifatkan secara sinis, rakyat dan pengundi di Lembah Pantai akan terasa ‘kehilangan’ besar wakil rakyatnya, Nurul Izzah Anwar jika benar beliau mahu meninggalkan kerusi parlimen terbabit pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kelak.

Ujarnya, ura-ura yang mengatakan Naib Presiden Pkr itu akan bertanding di Johor merupakan satu berita ‘duka’ buat warga Lembah Pantai kerana sejak memenangi kerusi Parlimen Lembah Pantai pada 2008, beliau langsung tidak membuat jasa dan menunaikan tanggungjawabnya kepada rakyat, jauh sekali menyumbang kepada pembangunan untuk warga di sini.

“Dia tidak patut lari dari amanahnya, sebaliknya dia perlu bertanggungjawab di atas kegagalannya memberikan khidmat kepada penduduk di kawasan Lembah Pantai, di mana janji-janjinya selama ini?

“Ke mana dia menghilang selepas menewaskan Tan Sri Shahrizat Jalil pada PRU-12 (2008), kita hanya mampu melihat poster atau kain-kain rentang berlatarbelakang muka Nurul Izzah dengan ucapan-ucapan perayaan, ucapan selamat berjaya menduduki peperiksaan dan poster-poster provokasi menghentam kerajaan BN tapi kita jarang-jarang sekali melihat susuk tubuhnya di sini,” katanya.

Kalau ada pun, tambahnya lagi, Nurul Izzah akan menghantar wakil-wakilnya yang sekadar hadir menunjukkan muka atau ‘lambang’ keprihatinan atas musibah yang melanda mana-mana penduduk atau sebenarnya, ahli parti mereka yang menerima bencana seperti rumah terbakar atau seumpamanya, namun kemudian sekali lagi menghilangkan diri tanpa khabar berita dengan janji yang tak ditepati.

“Nak dekat PRU, barulah kita dapat melihat susuk tubuh Nurul Izzah sekali lagi menawar janji-janji manis dan sandiwara baru untuk mengaburi mata dan hati pengundi, sedangkan dalam tempoh sepenggal beliau menjadi ahli parlimen, segala permasalahan rakyat, pembangunan dilakukan sendiri oleh Ketua UMNO Bahagian yang juga Pengerusi BN Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin namun sekali lagi hilang selepas menang pada PRU-13 yang lalu,” ujarnya.

Sehubungan itu, Nazri mengajak rakyat untuk menilai sendiri sikap sebenar pemimpin pakatan pembangkang yang menjadikan aktiviti ‘berpindah-pindah kawasan’ pada setiap kali kempen PRU sebagai alat untuk kelangsungan politik peribadi mereka, dan bukannya ikhlas menawarkan khidmat dan bakti untuk rakyat dan pengundi di kawasan yang mereka tandingi.

“Rakyat tidak memerlukan pemimpin seperti ini kerana ia adalah contoh seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab. Pemimpin seperti ini akan berpindah-randah, lima tahun sekali untuk mencari tempat baharu untuk bertanding dan selepas menang, kawasan itu akan ditinggalkannya.

“Kita turut bersedih, kerana beliau akan meninggalkan ‘janji’ sehingga ada antara pengundi di sini tertipu dengan Nurul Izzah sebagaimana nasib yang menimpa 35 keluarga selepas terlepas peluang mendapat rumah baharu dalam projek Projek Residensi Kerinchi.”

Tegasnya, Nurul Izzah bukan sekadar ‘cuci tangan’ terhadap nasib penduduk yang menentang Projek Residensi Kerinchi, malah kini menyalahkan tindakan mereka berbuat demikian.

“Akhirnya mangsa 35 keluarga yang mengikut hasutannya (Nurul Izzah), kini menyesal kerana tidak dapat rumah baharu sebagaimana yang dijanjikan oleh kerajaan,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai bersama beberapa pemimpin utama pembangkang difahamkan bersedia bertanding di Johor pada PRU-14. – MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana