KLEPTOKRASI; Satu pemahaman....Semuanya Ini Ada Niat Jahat Madey

1. Difahamkan Pakatan Harapan telah mengumumkan untuk mengadakan satu himpunan raksasa pada hari ini 14 Oktober, yang diberi nama "Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi dan akan berlangsung di Padang Timur, Petaling Jaya.

2. Pengerusi Pakatan, Tun Dr Mahathir Mohamad dan sekutunya, Tony Pua mendakwa kononnya himpunan itu diharap mampu memberi orang ramai kefahaman mengenai isu 1MDB.

"Kita akan lancar kempen berkenaan 'Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi' dan kita akan adakan satu himpunan raksasa pada 14 Oktober."

3. Sebelum terjebak dengan himpunan kononnya 'anti-kleptokrasi' itu, perlu difahami tentang apakah yang dimaksudkan dengan istilah 'kleptokrasi'. Etimologinya, istilah kleptokrasi berasal dari bahasa Yunani iaitu 'klepto' dan 'kratein' yang bererti 'diperintah oleh pencuri'. Manakalan Cambridge Dictionary mendefinisikannya sebagai "a society whose leaders make themselves rich and powerful by stealing from the rest of the people: This was not a democracy; it was a kleptocracy". Selain itu, Mac Millan Dictionary mentafsirkannya sebagai "a form of corrupt government that allows the ruling class to accumulate great wealth and power while neglecting the mass of citizens" dan Oxford Dictionary pula menyifatkannya sebagai "A government system ruled by a leader who uses his power to steal the country's resources". Sarjana Indonesia, Amich Alhumami (2005) mentafsrikannya "Negara kleptokrasi adalah negara yang di dalam praktik pemerintahannya ditandai oleh keserakahan, ketamakan dan korupsi yang mewabah (a government characterized by rampant greed and corruption).

4. Istilah kleptokrasi seperti diuraikan ini kemudian menjadi sangat popular setelah digunakan oleh Stanislav dalam "Kleptocracy or Corruption as a System of Government" (1968) yang merujuk pada "a ruler or to official whose primary goal is personal environment and who possesses the power to gain private fortunes while holding public office."

5. Merujuk kepada segala takrifan, pengertian, fakta dan penjelasan ilmiah di atas, adilnya pada hemat saya, istilah kleptokrasi tersebut lebih sesuai dirujuk kepada seorang tokoh politik veteran dan sekutunya yang cukup terkenal yang terlibat dalam skandal BMF, Perwaja Steels dan banyak lagi. Jika tidak, tak mungkin anak-anaknya kini diiktiraaf antara "top malaysian richest man"... Tidak begitu????

6. Kleptokrasi  dapat difahami sebagai sebuah bentuk pentadbiran pemerintah dengan menggunakan wang yang berasal dari hasil negara , public atau hasil am untuk memperkaya diri sendiri. Amalan rasuah, korupsi, nepotisme dan persekongkolan kejahatan dilakukan oleh mereka yang memiliki kekuasaan sewenangnya.

7. Kita tentu ingat sebuah nasihat popular dari sarjana ekonomi dan pemikir Perancis, Frederic Bastiat, yang mengatakan bahawa jika lembaga negara penuh dengan praktik 'illegal' dan korupsi, negara itu pun berubah menjadi sebuah institusi kleptokrasi.

8. Sejarah awal kleptokrasi ini harus diperihalkan terlebih dahulu sebelum pihak-pihak yang kini seolah-olah dilanda sindrom "short term memory lost" dan pencanang yang kononnya "holier than thou" ini menipu rakyat dengan licik dan penuh muslihat jijik.

9.  Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) dan Bank Dunia pada 17 September 2007 menyebut sejumlah nama pemerintah negara dan pemerintahan yang melakukan korupsi politik. Di antara nama-nama tersebut adalah Soeharto, Ferdinand Marcos, Mobutu Sese Seko, Sani Abacha, Slobodan Melosevic, Jean Claude Duvalier, Alberto Fujimori, Pavlo Larazenko, Arnoldo Aleman, Joseph Estrada. Penyebutan nama mereka seiring dengan pelancaran program Stolen Asset Recovery atau StAR Initiative. Jika dirujuk nama-nama itu, hampir semuanya mentadbir negara masing-masing di era 'pemimpin maksum' itu, bukan? Semuanya 'tumbang', melainkan dirinya...

Jom Baca Kat SiNI

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana