'Kita baik dengan UMNO kerana ajaran Islam' - PAS

Tuduhan bahawa PAS akan bergabung dengan UMNO akan terjawab sendiri pada PRU14 nanti, kata AJK PAS Pusat Dr Azman Ibrahim.

“Soalan benarkah PAS ada bincang untuk bersama Umno dalam PRU akan datang bagaikan soalan tetap dalam program dialog santai bersama masyarakat.”

“Saya pun yakin, yang bertanya itu dia sendiri pun tak percaya bahawa PAS nak bersama UMNO. Tapi mereka suka dengar ulasan dan jawapan santai. Kita pun tanpa rasa jemu akan terus layan untuk menjawab,” katanya.

“Ahli PAS tak mempunyai masalah untuk memberi kepercayaan kepada kebijaksanaan kepimpinan yang diterajui Presidennya Datuk Seri Abdul Abdul Hadi wang untuk mengemudi bahtera perjuangan ini,” tambahnya lagi.

Dr Azman turut menjelaskan bahawa pendekatan budaya politik matang dan sejahtera (BPMS) yang diambil oleh PAS bukan bermakna parti Islam itu serah hidung untuk dicucuk oleh UMNO lalu ditarik mereka sesuka hati.

“Kita buat baik dengan saudara kita orang UMNO kerana Islam mengajar kita untuk berbuat baik sesama insan.”

Ujarnya, kebaikan PAS ikhlas kerana Allah.

“Tak ada pimpinan PAS yang dapat projek sejak pendekatan BPMS dilaksanakan. Kita terus kerja macam biasa. Akhirnya nanti lihatlah bagaimana Umno akan menentang PAS dalam PRU akan datang,” kata beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana