Kit Siang LUPA Pemimpin Pakatan Bergelumang Dengan Kleptokrasi Dan Rasuah

Amat jelas sekarang  Mahathir Mohamad hanyalah sekadar alat penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, tegas Superman DAP, Hal ini disahkan oleh Hew Kuan Yau.

Dalam ertikata lain DAP beranggapan menyelamatkan Mahathir dan disamping menggunakan Mahathir sebagai alat untuk menjatuhkan Najib.  Tipu daya politik Lim Kit Siang amat licik dan ianya mempunyai rangkaian strategi berkait yang sukar difahami banyak pihak.

Bukan itu sahaja, diwaktu ini DAP akan menggunakan sesiapa sahaja pemimpin Melayu untuk memastikan agenda  mereka tercapai. Ini satu bentuk strategi yang mana amat jarang dilakukan oleh mana-mana parti politik dan ianya berisiko  akan menjadi serangan dalaman DAP.

Pun begitu DAP sanggup melakukan segalanya. Ini adalah kerana DAP adalah tunjang kepada kronisme DAP yang mesti diteruskan dalam apa cara sekali pun walupun terpaksa melakukan fitnah kerpada pemimpin  lain dan juga rakyat

Semakin hari semakin terserlah percaturan politik DAP dan PPBM serta PKR yang  mana telah tersasar jauh dari agenda yang dijanjikan kepada rakyat. Janji-janji yang diucapkan tak ubah sebagai santapan halwa telinga sahaja.

Tindak tanduk dan perbuatan Lim Kit Siang, Mahathir dan Azmin Ali langsung tidak menjurus kepada perjuangan untuk kepentingan rakyat, sebaliknya lebih mengutamakan keluarga dan kroni masing-masing.

Diantara ketiga-tiga pemimpin tersebut, mereka pernah menjadi musuh ketat politik sehinggakan tiada lagi jalan keluar untuk mendamaikan mereka. Namun demikian dalam politik segalanya boleh terjadi. Kini  mereka yang saling tuduh-menuduh pada satu ketika dahulu sedang berusaha menutup kesalahan masing-masing yang dilakukan satu ketika dahulu.

Percaturan politik  mereka ini sedang diperhatikan oleh rakyat jelata dan menilai tahap pembohongan dan penipuan yang telah dilakukan. Kini rakyat keseluruhannya sudah bersedia untuk menghukum parti yang mereka wakili pada pilihan raya umum ke-14.

Serangan demi serangan dilakukan dari sekecil isu kepada  isu yang besar dan kepada isu yang melibatkan kepentingan rakyat juga menjadi pertikaian  untuk dijadikan bahan politik. Serangan tanpa bukti dan asas yang kuat dilemparrkan dan  seterusnya menghasut rakyat agar mempercayainya.

Mahathir kini sudah menjadi peluru oleh DAP untuk meningkatkan sokongan pengundi Melayu agar terus menjadi mangsa pembohongan isu yang terpacul dari mulut mereka yang mempunyai agenda peribadi dan berusaha sedang menutup Kleptokrasi yang dilakukan.

Ucapan Kit Siang yang bertajuk ‘Jihad Untuk Malaysian Malaysia‘ ini supaya  orang Melayu  tidak mudah lupa seperti rakan baik Kit Siang dan juga musuhnya dahulu iaitu Mahathir yang sanggup mendokong perjuangan Kit Siang kini untuk menghapuskan apa yang telah terpelihara dalam Perlembagaan Persekutuan sejak terbentuknya negara ini,

DAP kini telah mengiktirafkan bahawa Mahathir Mohamad sebagai seorang pejuang ‘Malaysian Malaysia’), visi yang sama diperjuangkan penasihat parti itu, Lim Kit Siang sejak dari tahun 1969.

Pengiktirafan ini menyebabkan majoriti Orang Melayu dan Bumiputera percaya dikalangan ahli PPBM sendiri sudah pastinya tidak setuju mereka diiktiraf sebagai pejuang “Malaysian Malaysia” oleh DAP.

Pengiktirafan ini dengan  terma “Malaysian Malaysia” itu bermaksud memansuh dan membuang perkara 153, Perkara 152  yang telah termaktub dalam perlembagaan Negara yang mana akan meranapkan sama sekali hak-hak keistimewaan orang Melayu di Malaysia.

Itulak kebijaksanaan DAP yang diketuai oleh Kit Siang dalam politik mencaturkan orang lain untuk mencapai agendanya. Tetapi untuk kali keduanya  sebijak bijak Kit Siang telah termasuk ke dalam perangkap yang telah terkena pada batang hidungnya sendiri.

Dalam siri jejalah perjuangan 4All, Tan Sri Annuar Musa terus menyerang dan memberikan penerangan berkaitan hala tuju politik pembangkang tanpa henti  dan ini telah menyebabkan pihak pembangkang cuba sedaya upaya untuk mengalihkan isu yang dibangkitkan.

Dalam siri jelajah yang diadakan, Kit Siang kelihatan sudah tidak dapat menahan kemarahan dan menyerang isu yang dibangkitkan berkaitan dengan rasuah dan menjadikan Annuar Musa sebagai subjek sasaran.

Tergelak dengan kenyataan Kit Siang yang mana  telah termasuk dalam jerat siri Jelajah Perjuangan 4All  yang mana  melakukan serangan  terhadap Annuar Musa dalam isu yang berkaitan dengan rasuah. Mungkin sudah terlalu tua Kit Siang telah lupa bahawa  Guan Eng adalah pelaku yang masih dibicarakan.

Untuk pengetahuan Kit Siang, Tan Sri Annuar Musa  tidak pernah disabitkan  dengan mana-mana pertuduhan yang melibatkan rasuah, Malah  sebagai pemimpin yang bertanggungjawab  Annuar terus memberikan kerjasama  terhadap siasatan yang dilakukan terhadapnya.

Amat memalukan sebagai seorang ahli politik veteran seperti Kit Siang yang mana  dalam Kenyataan Medianya berkata tindakan Tan Sri Annuar Musa menyerang DAP dan Pakatan Harapan adalah supaya beliau boleh mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi MARA dan Ketua Penerangan UMNO.

Terlalu jauh perjalanan reverse psychology yang diambil oleh Kit Siang. Sebenarnya  perkara ini amat mudah diceritakan dihuraikan. Annuar Musa dalam siri jelajahnya hanya mengingatkan kepada rakyat bahawa pemimpin yang ada dalam Pakatan Harapan sekarang adalah pemimpin yang kleptokrasi dan mengamalkan amalan rasuah. Itu sahaja.

Seharusnya Kit Siang melihat  dan merenung jauh kedalam mata anaknya Guan Eng, Rafizi,  Azmin Ali adakah mereka ini bukan dikalangan pemimpin Kleptokrasi? Mudah sahaja ceritanya, tetapi kita faham dasar politik menunding jari  DAP dan akan mencari sesuatu subjek untuk dipersalahkan.

Perkara ini amat berbeza dengan anak Kit Siang yang bernama Guan Eng dimana sehingga kini masih lagi disabitkan  dakwaan isu  rasuah dan  seharusnya telah meletakkan jawatan sebagaimana disarankan pemimpin DAP sendiri  kepada mana mana pemimpin yang terlibat dengan amalan rasuah.

Diatas siasatan yang dilakukan oleh SPRM terhadap Guan Eng, didapati  terdapatnya kes yang berlaku dan kertas siasatan telah pun dipanjangkan kepada Jabatan Peguam Negara. Sebagaimana yang kita sedia maklum adalah menjadi perangai pihak pembangkang  akan menggunakan taktik melengahkan perbicaraan dilakukan.

Mereka akan mencabar kebenaran kes dan cuba mengaitkan kes yang mereka lakukan seakan diri mereka tidak bersalah. Hal ini telah berlaku  sekian lama dahulu.

Pembangkang itu sedang mengalih isu besar yang mereka hadapi semata-mata untuk menghilangkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan yang sedang berusaha keras memulihkan ekonomi Negara dan menentang amalan rasuah yang telah melibatkan ketirisan wang Negara yang banyak.

Tetapi sekarang Kit Siang kini dilihat seolah-olah mahu membela atau mempertahankan amalan kleptokrasi yang dilakukan oleh Mahathir, Guan Eng, Rafizi dan juga Azmin terhadap wang Negara  yang didakwanya satu ketika dahulu dengan  mengatakan “tidak tahu”.

Nampak gayanya tindakan Kit Siang untuk menjadikan Annuar Musa sebagai subjek serangan gagal apabila Kit Siang telah terlupa bahawa amalan rasuah  itu sebenarnya adalah amalan Guan Eng  dan bukannya dari Annuar Musa sebagaimana cuba diputar belitkan oleh Kit siang.

Sekali lagi Kit Siang tersilap langkah dan  lupa bahawa Guan  Eng adalah pengamal Rasuah yang sedang didakwa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana