Khalid sedia berkerjasama untuk kepentingan rakyat Selangor

Sudah muktamad... bekas orang kuat PKR yang terlibat membantu parti itu menawan Selangor kerana personalitinya sebagai tokoh korporat Tan Sri Khalid Ibrahim tidak akan bertanding pilihanraya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Selain itu, bekas Menteri Besar Selangor yang dimalukan PKR itu bertegas untuk tidak menyertai mana-mana parti politik pada PRU14.

Bagaimanapun, beliau bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana parti yang mahu memperjuangkan agenda dan program untuk kepentingan rakyat Selangor.

"Saya sudah buat kenyataan banyak kali untuk tidak akan sertai Pilihan Raya akan datang sama ada DUN atau Parlimen.

"Itu pun saya sudah nyatakan dahulu untuk menjadi Menteri Besar dan wakil rakyat, yang perlu ialah kita jalankan tugas apabila kita sampai ke dua penggal, kita cuba memberikan peluang kepada orang lain.

"Tidak (akan sertai mana-mana parti), kalau tidak sertai pilihan raya, lebih baik sekiranya saya tidak fokus pada mana-mana parti.

"Jadi, saya akan terus memperjuangkan keadilan dan penbangunan ummah walaupun saya tidak dalam politik," katanya.

Perkara itu disahkan beliau sendiri selepas menghadiri majlis minum petang untuk mengutip dana pilihan raya PAS Selangor di Hotel De Palma, Shah Alam pada Ahad. 

Khalid sebelum ini pernah dipelawa Barisan Nasional (BN) untuk bersama-sama dengan tiga bekas menteri besar Selangor iaitu Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, Tan Sri Abu Hassan Omar dan Dr Mohamad Khir Toyo menumbangkan Pakatan Harapan (PH).

Mengulas mengenai pelawaan itu, Khalid berkata beliau sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan ketiga-tiga bekas Menteri besar Selangor itu namun tegasnya ia mestilah membawa agenda politik yang baik dan demi kesejahteraan rakyat di negeri itu.

Tetapi tegas Khalid, ia bukan bermaksud bahawa beliau akan menyertai parti itu pada PRU nanti.

"Khabar angin (akan sertai UMNO hari ini)  memang biasa dan saya memang tidak akan menyertai mana-mana parti.

"Kalau ada yang tiga bekas menteri besar mengatakan mereka ingin bersama saya untuk membincangkan bagaimana untuk membangunkan negeri Selangor dengan cara yang baik. Saya akan sertai, dan saya akan jemput rakan saya daripada PAS juga menyertai supaya kita sama-sama cari jalan untuk membangunkan negeri Selangor," ujarnya lagi.

Khalid dipecat daripada PKR pada Ogos 2014 berikutan krisis dalaman parti itu.

Kini, Khalid mewakili kawasan parlimen Bandar Tun Razak, dan juga merupakan ADUN Pelabuhan Kelang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana