KAJIAN AKHBAR DAPATI KEDUDUKAN PKR DI SELANGOR GOYAH!

Kajian yang dibuat oleh akhbar tempatan di Malaysia mendapati kedudukan parti PKR di Selangor semakin goyah. Hasilnya, kedudukan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di kerusi Parlimen Gombak , Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin di kawasan Parlimen Ampang dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli di kawasan Parlimen Pandan dijangka goyah berdasarkan kepada responden kaji selidik dilakukan Sinar Harian.

Apakah isu membabitkan ketiga-tiga pemimpin ini yang membuatkan rakyat mempunyai persepsi negatif hingga mempersoalkan kepimpinan mereka atau mula muak dengan cara penampilan politik mereka. Respons diterima daripada 550 responden, 300 daripadanya mahu ketiga-tiga wakil rakyat di tiga kawasan parlimen itu ditukar tanpa ada pendapat seorang pun daripada responden yang bersikap berkecuali.

Jika dilihat daripada senario ini, kemungkinan kekuatan Mohamed Azmin hanya kukuh di kerusi DUN yang meletakkan beliau sebagai seorang menteri besar. Seorang wakil pemimpin kanan PKR iaitu Ketua Wanitanya, Zuraida Kamaruddin juga menunjukkan pengurangan sokongan berdasarkan respons di kawasan Parlimen Ampang.

Manakala di Kuala Langat yang mana kerusi Parlimen dan DUN sebelum ini didominasi wakil Pakatan Rakyat mula menunjukkan akan berlaku angin perubahan. Seramai 31 daripada 50 responden yang ditemu bual memberikan jawapan mahu menukar kepimpinan yang ada daripada Pakatan Harapan kepada UMNO/BN. Demikian juga situasi di Parlimen Sepang yang boleh dikatakan bakal berlaku perubahan pola sokongan daripada Pakatan Harapan kepada UMNO atau BN.

Penganalisis politik, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, PKR Selangor perlu melakukan kajian mengenai kedudukan semasa Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan parlimen yang dimenangi pada PRU13. Kajian dilakukan Sinar Harian boleh jadi rujukan sama ada wujud persamaan atau perbezaan yang dimahukan rakyat.

Walaupun kajian ini tidak menunjukkan kepada orang ramai secara detail pola perubahan ke atas perubahan politik di Selangor. Namun yang demikian, secara tidak langsung kajian seumpama ini boleh dijadikan panduan jelas yang menerangkan kepada kita bahawa rakyat sudah muak dan tidak berminat untuk menyokong parti PKR.

Kni responden di Selangor memberi 'feedback' negatif terhadap personaliti politik seperti Mohamed Azmin, Rafizi Ramli dan Zuraida Kamaruddin. Tidak mustahil kita akan melihat kejutan perubahan politik pada pilihan raya umum ke-14 khususnya di Selangor. Tanda-tandanya sudah ada apabila rakyat sudah bijak berfikir.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana