Himpunan yang boleh bikin pimpinan Pakatan Harapan tidak lelap tidor...

Dengar cerita kalangan jurugambar Pakatan Harapan jenuh terpaksa pusing keliling Padang Timur,Petaling Jaya untuk cari angle terbaik nak tunjuk konon lautan manusia membanjiri kawasan itu semasa himpunan Hapuskan Kleptokrasi berlangsung.

Mereka jadi kelam kabut kerana sejak himpunan itu bermula 4 petang Sabtu suasana nyata hambar dan tidak ramai orang.

Malah ketika kemuncak pada sebelah malam sewaktu Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir berucap anggaran paling ramai cuma sekitar 8,000 orang saja hadir.

Ada benda boleh sorok ada benda tidak boleh.Siapa saja yang hadir sejak petang boleh kira sendiri jumlah manusia di situ.

Apa lagi ada yang dapat ambil gambar guna drone dari udara pada waktu kemuncak malam yang jelas dapat tunjuk berapa ramai yang hadir.

Gempak penganjur yang asalnya sasarkan 100,000 akan hadir bukan main macam guruh bunyinya.

Namun semasa himpunan sedang berlangsung penganjur boleh relaks saja umum dakwa 25,000 hadir.

Ramai yang tertawa kerana cukup sedia maklum depan mata mereka berapa ramai yang ada.

Dr Mahathir sendiri yang semacam nak cover line jumlah yang tidak ramai...semasa berucap akui padang tidak penuh.

Dakwanya ada ramai lagi di belakangnya dan jika mereka ke depan padang mesti penuh.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor anggar kehadiran cuma sekitar 4,000 orang.

Katanya keadaan himpunan itu terkawal tanpa ada kejadian tidak diingini.

Ketua gerakan merah,Datuk Seri Jamal Md Yunos yang asalnya kata nak buat jualan ikan murah dekat padang berkenan pada sebelah awal petang juga tidak muncul.

Kalangan pemerhati menilai ia bukanlah satu himpunan dalam ertikata seperti yang diwar-warkan.

Keseluruhannya dengan jumlah kehadiran begitu ia tidak lebih dari satu ceramah politik biasa untuk hentam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan.

Mereka juga hairan bagaimana himpunan yang dibuat di Petaling Jaya yakni dalam kawasan lubuk pembangkang sendiri di negeri Selangor gagal tarik kehadiran orang.

Ini menurut mereka boleh bagi 'signal' yang buat pimpinan Pakatan Harapan tidak lelap tidor malam.

Selain dari Dr Mahathir yang terakhir berucap,turut berucap pada sebelah malam ialah Presiden Pakatan Harapan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail,Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin,Mat Sabu dan Lim Guan Eng.

Tiada sesuatu berita besar dan menarik dari himpunan ini.

Dr Mahathir dan pimpinan Pakatan Harapan lain yang berucap rata-rata kitar cerita lama yang sudah berkali-kali didengar sebelum ini hentam Najib dan kerajaan.

Dr Mahathir pada akhir acara telah membacakan ikrar Pakatan Harapan jika menang pilihanraya umum ke 14 antaranya hendak jadikan Malaysa antara 10 negara paling bersih dari rasuah menjelang 2030,nak hapus GST ,nak jadikan SPRM badan bebas.

Dicelah itu kedengaran ada hadirin yang secara sinis berkata kepada rakan-rakan disebelahnya ...kenapa cakap sekarang...kenapa tak buat masa beliau berkuasa selama 22 tahun dulu.

Juga katanya...kita tidak mudah lupa kenapa segala macam U-Turn yang tidak masuk akal...siapa nak jawab pasal macam-macam kepincangan di zamannya dulu termasuk kerugian berbillion dalam niaga forex Bank Negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana