HIMPUNAN KLEPET-O-KRASI PAKATAN JADI BAHAN JENAKA PAS!!!

Memang padan sangat sekiranya himpunan yang dianjurkan oleh puak Pakatan Haprak tu menjadi bahan jenaka dan sindiran PAS kerana GAGAL menarik jumlah peserta yang disasarkan.

Waima beruk sekali pun pasti akan ketawa apabila yang hadir ke perhimpunan itu jauh terlalu sedikit dari yang diharapkan oleh pihak penganjur. Tak sampai 10 ribu orang peserta yang hadir.

Menurut laporan yang disiarkan melalui laman portal Merosakkini semalam, kehadiran peserta hanya seramai 8,000 orang walaupun penganjur mendakwa jumlah keseluruhannya seramai 25 ribu.

Itu membuktikan bahawa portal Merosakkini juga tidak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh pihak penganjur yang jelas hanya sekadar mahu menipu para peserta dalam himpunan tersebut.

Tapi bagi PAS, himpunan Klepet-O-Krasi Pakatan tu tidak wajar hanya dihadiri seramai 25 ribu orang. Sebaliknya, PAS mendakwa himpunan tu paling tidak boleh kumpul 500 ribu orang.

Pesuruhjaya PAS Selangor dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam mendakwa perkara itu tidak mustahil memandangkan Pakatan Haprak tu disokong beberapa gabungan parti lain.

"PH mengadakan perhimpunan dengan empat atau lima parti, jadi sepatutnya kalau PAS yang hanya satu parti boleh kumpul 200,000 orang, sepatutnya malam tadi ada 1 juta atau pun 500,000 paling tidak," katanya kepada pihak media.
Kenyataan dari pemimpin PAS itu jelas dibuat sebagai satu sindiran terhadap keangkuhan yang dipamerkan oleh puak Pakatan Haprak yang diketuai oleh DAPigs selaku Abang Besar mereka.

Secara tidak lansung, penurunan jumlah peserta yang menyertai himpunan Pakatan Haprak itu juga membuktikan bahawa selama hari ini, PAS merupakan penyumbang utama kepada jumlah peserta dan sekali gus menunjukkan parti itu masih lagi relevan. Tidak la seperti yang didakwa oleh DAPigs!!!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana