Gayung bersambut: Saarani cabar DAP terus lapor polis

Langkah DAP Perak hendak menyaman Barisan Nasional (BN) negeri tidak dipedulikan Timbalan Pengerusinya sebaliknya Datuk Saarani Mohamad membidas Pengerusi DAP dengan meminta Nga Kor Ming memohon maaf.

“Buat apa saya dan BN Perak hendak meminta maaf pada Nga sedangkan kami langsung tidak melakukan sebarang kesalahan... dia yang memfitnah UMNO. Dia patut terlebih dahulu meminta maaf pada UMNO negeri,”katanya.

Beliau yang juga Exco kerajaan negeri berkata Pengerusi DAP itu sepatutnya minta maaf kerana membuat tuduhan palsu kononnya Barisan Nasional (BN) membawa pengundi hantu untuk berdaftar di negeri ini.

Menurutnya, beliau dan BN Perak tidak perlu meminta maaf kepada pembangkang kononnya  DAP mempunyai bukti mengenai kewujudan lebih 165,000 pengundi  hantu yang dibawa masuk ke negeri ini menjelang PRU ke-14.

``Dia tuntut saya minta maaf dan saya tidak akan minta maaf kerana BN tidak membuat apa apa salah, dia ( Kor Ming) patut minta maaf kepada Barisan Nasional sebab  dia membuat tuduhan palsu kepada BN.

``Kor Ming mencabar saya ..dia menyebut kalau saya tak minta maaf maka nak buat laporan polis.. itu silakan... mengenali dia seorang peguam kalau dia benar-benar yakin bahwa dengan  membuat laporan polis boleh menyebabkan saya terpenjara teruskan, tak perlu tunggu, saya minta maaf sebab dia tahu saya tidak akan minta maaf.

`Saya bagi tahu, saya tidak akan minta maaf nak buat laporan polis silakan buat laporan polis tiada masalah tapi saya nak bagi tahu dia... dia yang patut minta maaf kepada BN sebab dia buat tuduhan palsu, fitnah besar kepada BN.’’ Kata Saarani kepada pemberita di Ipoh pada Khamis.

Sehubungan itu beliau menasihatkan Kor Ming supaya berhenti bercakap berkaitan daftar pemilih kerana lagi banyak dia (Kor Ming) bercakap lagi terserlah kedangkalan  dia berkaitan fahaman tentang buku daftar pemilih.

``Mula-mula minggu sudah dia ( Kor Ming) dakwa dapat kesan 56,323 pengundi hantu lepas itu selepas saya dah menempelak dia… kata dia ada 160,000 pula sebab itu saya kata semakin dia bercakap berkaitan buku daftar pemilin semakin terserlah kedangkalan dia berkaitan buku daftar pemilih.

``Dia seorang ahli politik yang agak lama sama dengan saya,lagi banyak dia bercakap lagi orang nampak jadi kerana itu saya nak ingatkan sekali lagi kerja urusan daftar pemuilih ini bukan urusan BN itu kerja kerja SPR.’’ tegas Saarani.

Beliau menjelaskan sesiapa juga  rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun dan keatas yang ada kad pengenalan biru iaitu rakyat Malaysia maka mereka layak untuk mendaftarkan diri  sebagai pemilih.

``Dia boleh pergi ke pejabat Pos, SPR atau boleh jumpa dengan Penolong Pendaftar Pemilih, dia boleh isi borang, dia kena buktikan kad pengenalan dia, jadi SPR akan memproses dan jika tiada masalah SPR akan meletakkan nama dia dalam senarai  pemilih di DUN  atau Parlimen dimana kad pengenalan dia, alamat  dia itu penting,

``Tidak mungkin  satu orang yang ada kad pengenalan dialamatkan dalam DUN Ipoh Timur lepas itu tiba-tiba  dia didaftarkan sebagai pemilih di DUN Kota Tampan, Lenggong, tak mungkin berlaku kecuali orang itu dia tinggal di Ipoh atau Ipoh Timur dan dia hendak mengundi di kota kota Tampan kerana dia berpindah tempat tinggal kaedahnya ialah dia kena pergi ke pejabat pendaftaran dahulu dia kena isi borang tukar  alamat.

``Bila jabatan pendaftaran telah meluluskan proses tukar alamat pada kad pengenalan dia maka dia boleh pergi  ke pejabat POS atau SPR atau Penolong Pendaftar Pemilih … dia tunjuk kad pengenalan dia untuk tukar tempat pengundi maka ini akan diproses oleh SPR..jika genuine (asli) maka dia akan dipindahkan seperti kemahuan pengundi .

``Maka urusan itu antara pengundi dengan SPR, buka n dia dengan BN…jadi Nga Kor Ming suruh BN minta maaf atas sebab apa?... apa dosa yang telah BN buat?... apa kesalahan yang BN buat sehingga tepaksa minta maaf, itu urusan di antara seorang pemilih dengan SPR.’’ kata Saarani.

Beliau mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa Kor Ming sudah mula berasa gelisah berikutan dakwaannya yang menyatakan Negeri Perak tidak berasaskan sokongan pengundi Melayu kini sudah berubah.

Saarani menjelaskan Daftar pemilih yang dikeluarkan yang terbaru digazetkan berakhir 30 Jun 2017 menunjukkan peningkatkan jumlah pengundi Melayu di negeri Perak melepasi 50 peratus iaitu 50.43 peratus.

``Jadi ia menimbulkan kegelisahan pertambahan pengundi dan andaian bahawa Perak bukan negeri berasaskan Melayu sudah berubah jadi dia terpaksa mencipta cerita kononya BN membawa pengundi hantu ke negeri ini.

``Kita ingin melontarkan soalan apakah Nga Kor Ming faham apa itu pengundi hantu? pengundi hantu ialah pengundi yang tidak wujud secara fizikal bukan rakyat Malaysia tetapi namanya ada dan pada hari mengundi dia mengundi.

``Sekiranya daftar pemilih itu mempunyai nama berdaftar, wujud secara fizikal dan pada hari mengundi dia hadir ia tidak boleh dikategorikan sebagai pengundi hantu.

``Malah Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menyediakan ruang selama dua minggu untuk sebarang bantahan mengenai senarai nama daftar pemilih berdaftar yang didapati meragukan mana-mana pihak untuk dijalankan siasatan semula serta dibicarakan.

``Jika lihat ada pengundi Bangladesh, pengundi hantu atau tidak wujud dia boleh membantah dan SPR akan berlaku adil membuat siasatan tetapi dia boleh menuduh sedemikian setelah digazetkan pada 30 Jun lalu.

``Begitu juga situasi bagi daftar pemilih yang berpindah ke lokasi baharu yang memerlukan mereka mendaftar semula di lokasi tersebut menerusi Jabatan Pendaftaran Negara untuk pertukaran alamat kemudian berdaftar semula sebagai pengundi mengikut alamat paparan di kad pengenalan terkini.

``Penyokong pihak pembangkang juga ada, berubah alamat seperti penyokong Lim Kit Siang yang bertukar ke Gelang Patah itu hantu apa? hantu terbang?.. hantu lompat?

``Jika pemindahan pengundi itu diistilah sebagai pengundi hantu berapa ramai hantu telah berpindah dari Perak ke Johor? BN juga membuat kajian mengenainya,'' kata Saarani, yang juga Ketua UMNO bahagian Lenggong.

Saarani seterusnya mencabar  Kor Ming supaya memberi penjelasan berhubung maklumat daftar pemilih yang mendapati sebanyak 607 orang pengundi Cina dari Perak telah berdaftar ke kawasan Teberau, 443 pengundi pula berpindah ke Pulai serta 311 berdaftar di Gelang Patah boleh diistilah sebagai pengundi hantu.

``Ini siapa nak jawab ni? tempat yang strategik..siapa nak jawab ni.. kalau nak ikut tuduhan saya boleh tuduh mengatakan bahawa Nga Kor Ming dan DAP telah berniat jahat bawa pengundi-pengundi hantu secara lompat ataupun terbang pergi ke Johor..jadi kalau kita nak bermain macam tu tak selesai.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana